Jdt Melancarkan Telefon Pintar Mereka Yang Pertama

Sumber Rujukan : JOHOR Southern Tigers

Southern Tigers SDN BHD memperkenalkan OLA, iaitu telefon pintar rasmi pertama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Para penyokong Kelab Bolasepak JDT boleh mendapatkan Telefon Pintar OLA dalam dua pilihan gaya mewah.

Johor Bahru, Malaysia, 10.00 pagi, 15hb April 2017 – Mr Romain Biesse, Pengarah Pemasaran Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Mr Leng Yap dari EXMobile telah melancarkan produk baharu berjenama OLA, iaitu telefon pintar rasmi pertama Kelab Bolasepak JDT bagi mengiktiraf lebih daripada 1.5 juta penyokong Kelab Bolasepak JDT yang sering melayari platform media sosial dan digital kelab menggunakan peranti mudah alih. Secara tidak langsung ia dapat memberi peluang kepada penyokong untuk berhubung secara lebih dekat dengan kelab.

Pelancaran kedua-dua peranti di bawah tanda dagangan Kelab Bolasepak JDT ini selaras dengan pendekatan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik kelab untuk pembangunan gaya hidup produk dan perkhidmatan kelab. Di samping itu, keluaran baru ini menandakan penglibatan pertama Kelab Bolasepak JDT dalam kategori telefon pintar dan ini adalah bukti bahawa fokus dan pelaburan kelab adalah ke arah pembangunan dalaman reka bentuk, kualiti, pembuatan dan rantaian bekalan dengan rakan kongsi eksklusif kami.

Sejak kami memulakan perbincangan setahun lalu, Southern Tigers dan EXMobile telah menjalinkan kerjasama yang baik untuk memberikan penyokong JDT satu barangan mampu milik yang sinonim dengan ‘DESIGN, CONNECTIVITY AND PERFORMANCE’.

Produk istimewa ini hadir dalam dua PILIHAN GAYA MEWAH iaitu:
* OLA – JDT FC Black Matte Special Edition
* OLA – JDT FC White Rose Gold Special Edition.

JDT FC OLA Black Matte Special Edition dan White RoseGold Special Editions merupakan telefon pintar yang tidak berbucu tetapi agak bulat (well-rounded), dilengkapi dengan lima-inci IPS paparan HD, 16GB rom capacity (upgradable) dengan kad memori miniSD 32GB, unit kamera 8.0 MP di belakang dan unit kamera 5.0 MP di hadapan, aplikasi membuka dan mengunci peranti menggunakan sensor cap jari , 2GB RAM, menggunakan kemaskini Android 6.0 Marshmallow, isyarat Pintar yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai ciri telefon dengan mudah. 5 titik skrin sesentuh pelbagai (5 Points Multi-Touch Screen) dengan rekaan dan ketahanan yang pergi jauh melebihi batasan konvensional dalam segmen harganya.

OLA juga dilengkapi dengan reka bentuk yang unik dan ciri-ciri inovasi yang dapat menambah baik kegunaan telefon pintar dalam kegunaan harian pengguna untuk memberikan perhubungan yang lebih baik dengan Kelab Bolasepak JDT. Kedua-dua telefon pintar tersebut mempunyai integrasi sepenuhnya dan akses terus ke platform digital rasmi Southern Tigers. OLA membenarkan penyokong untuk memilih latar belakang Home atau Lock Screen bertemakan Kelab Bolasepak JDT yang direka khas dan akan dimuatnaik dari semasa ke semasa. OLA juga menampilkan maklumat perisian ‘over-the-air’ yang akan digunakan untuk mengemaskini atau memberi input tentang Aplikasi Rasmi Kelab Bolasepak JDT pada masa akan datang serta cara berfungsi tanpa wayar dan automatik.

Berpatutan dan mudah didapati:

Kedua-dua telefon pintar OLA akan dijual dengan harga RM599 setiap satu, serta boleh didapatkan di semua cawangan EXMobile di seluruh Malaysia bermula 15hb April 2015 (Sabtu). Telefon pintar ini juga akan dijual di Stadium Larkin pada hari yang sama, serta pada setiap sebelum berlangsungnya perlawanan yang diadakan di Stadium Larkin. Selain itu, para penyokong boleh mendapatkan produk ini melalui pembelian secara online melalui Official Johor Southern Tiger’s Online Store tidak lama lagi.

Kedua-dua telefon pintar edisi istimewa OLA akan memulakan penghantaran ke pelanggan dalam talian pada 23hb April 2017 merangkumi kawasan di Timur Malaysia, Semenanjung Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam & Thailand. Manakala negara-negara lain akan menyusul pada minggu-minggu yang akan datang.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat