Bukan Masjid Yang Sepatutnya Meminta-Minta , Tapi Siapa Yang Patut Memberi ?
Seorang imam masjid berkata,“Bil letrik dan air adalah satu perkara kena difikir oleh ajk masjid bila hujung bulan kerana ia meningkat dengan bertambahnya program masjid sedangkan sumber pendapatan tak bertambah.Inilah yang merisaukan bila kita buat banyak program.”Kita fikir sedikit hal rumah Allah ini yg sepatutnya diutamakan melebihi rumah kita sendiri.
Rata-rata masjid di negara ini,bergantung sumber hidupnya kpd sedekah jariah tidak ada peruntukan tetap dari dulu.Masjid ibarat peminta sedekah,apalagi bila tabung besar menunggu dipintu sejak masjid di bina,tabung berjalan dlm saf,bahkan ada tok siak yg jadi tukang peminta berjalan dlm saf bawa tabung minta sumbangan.Sesekali saya rasa kesian dan tak patut rumah Allah menjadi peminta kepada hambanya.Tak cukup dgn itu,dirayu lagi,ada masjid buat pengumuman nak bayar duit api dan letrik tak cukup,tertunggak. Salah siapa?
Masjid adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri,ada jabatan yg mengurusnya,tetapi apakah mereka ini tidak pernah terfikir untuk menaiktaraf masjid supaya diberi peruntukan pentadbiranya, pembangunannya.Jika kita boleh menyedia tempat riadah,kemudahan perhubungan,membina berbagai bangunan utk berbagai pejabat lengkap peruntukan,sekolah,stadium dsbnya,mengapa masjid ditinggalkan sedangkan,tiada peruntukan apa pun,sedangkan ini rumah Allah, Allah yg beri rezeki tetapi kita mengabai rumahNya,lebih mendahulu kesenangan diri.Masjid itu perkara utama dlm membentuk peribadi,akhlak,pendidikan,keimanan,tetapi tidak didahulukan dlm peruntukan kerajaan bahkan dibiar meminta sedekah dan belas kesihan.Takkanlah perkara begini tok mufti,tok kadi tak tau atau mungkin tak berani nak cakap,nak minta,takut hilang jawatan.Jika kediaman resmi Menteri Besar pun ada peruntukan yg berbagai,mengapa tumah Allah tidak ada.Benarlah kita mudah lupa,tidak bersyukur bahkan zalim dlm mengagih rezeki Allah,bila diabai hal masjid.
Kepada mereka yg Allah amanahkan rezeki yg melimpah,ingatlah,rezeki kita dari Allah,tentukan ada bahagian untuk dikembalikan kpd Allah sbg tanda syukur dgn membiayai keperluan rumah Allah selain tanggungjawab sesama insan.Jangan tersilap arah menaja program melalak, program melawak yg bagai dirasa boleh melaris jualan sedangkan hakikatnya semua itu letak pada tangan Allah.Apakah dirasa jika menaja masjid utk berbagai keperluan dan program tidak menguntungkan berbanding program maksiat sedangkan laris tidaknya tetap pada ketentuan Allah.Janganlah dirasa bila kita menaja Carlberg,guiness stuot baru berdosa kerana haramnya,program menyanyi,melawak pun hakikatnya dlm kubang yg sama.Jika semua koperat,peniaga Islam menginsafi hakikat rezeki itu ditangan Allah,mereka patut memilih masjid sebagai satu dari saluran sumbangan yg didahulukan.
Kepada kita orang awam,saya mengajak anda semua cuba bandingkan rumah kita dg rumah Allah ditempat kita,tandas rumah kita dg tandas rumah Allah,halaman rumah kita dg halaman rumah Allah dsbnya.Soalannya adakah patut kita biarkan rumah Allah lebih teruk dari kita sendiri.Saya menyeru,marilah kita mencubit sedikit rezeki untuk kita menyumbang demi keperluan masjid, menambahbaik prasarananya,membiayai programnya.Ajk masjid juga sebaiknya merancang supaya taraf masjid ditingkatkan dlm semua aspek,binalah juga sumber kewangan masjid,jangan hanya mengharap sedekah orang.Carilah kumpulan orang yg boleh menaja,menyumbang.Tanah wakaf yg dibawah seliaan masjid mungkin boleh dimanfaat untuk menjana pendapatan pada masjid,jangan dibiar begitu shj.Berazamlah untuk mengangkat martabat masjid dari terus meminta-minta kpd satu keadaan dimana orang meminta izin untuk diterima sumbangannya di masjid.Ingatlah,bukan iklan yg melanggar hukum Allah yg melariskan,bukan tajaan yg melaikan yg memajukan jualan,tetapi kesemuanya letak kpd Allah.
P/S : Saya telah memulakan program membayar bil masjid di ramadan ini sebanyak 15 masjid.Saya bercadang untuk meneruskan dan meluaskan program ini dibawah projek sedekah jariah,dg menumpu kpd masjid di pedalaman yg rata rata penduduk berpendapatan rendah.Saya menyeru anda turut serta dg menyumbang ke akauan 557410515106 maybank abd ghani haron. Sila juga cadang nama masjid yg sebolehnya tidak ada air condt kerana kita ingin membantu kpd keperluan asas bukan kpd keselesaan.Bil letrik dan air masjid itu nanti akan dibayar secara online,pihak masjid hany lerlu memaklum jumlah bil letrik dan air.