“Berpijaklah Di Bumi Nyata..” Rahsia & Tips Hidup Tenang Selepas Bercerai


Ajal, maut, rezeki, jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Dia yang satu. Setiap jalan cerita hidup kita telah pun ditetapkan olehNya. Siapa kita mahu melawan takdir. Siapa kita mahu mempersoalkan semuanya.

Ada orang, jalan cerita hidupnya tampak bahagia sahaja, langsung tiada masalah. Tidak, tidak sama sekali. Tiada manusia yang hidup dengan senang lenang tanpa masalah. Setiap manusia mempunyai masalahnya yang tersendiri, cuma berat ataupun tidak.

Masalah hidup ini boleh datang dengan pelbagai cara. Pastinya setiap masalah yang datang itu cukup menggusarkan hati kita. Lebih-lebih lagi secara terus menerus kita diuji olehNya. Namun ingat, tetaplah kuat dan sabar.

Sekalipun anda mempunyai masalah hidup yang cukup berat. Salah satunya adalah bercerai dengan pasangan. Menghadapi kehidupan selepas bercerai ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai sudut perlu diambil kira, pandangan masyarakat, kawan-kawan dan ahli keluarga sendiri.

“Berpijaklah Di Bumi Nyata..” Rahsia &  Tips Hidup Tenang Selepas Bercerai

Nak tahu tips dan rahsia hidup tenang selepas bercerai? Jom kita ikuti 36 tips hidup tenang selepas bercerai yang dikongsikan oleh Nur Zulaikha. Semoga sedikit sebanyak tips ini dapat membantu kalian. 

  1. Pertama sekali, harus redha dengan ketentuan Ilahi, rumah tangga sudah berakhir. Bila kita redha, hati jadi lebih tenang.
  2. Bersangka baik kepada Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Satu rahsia hidup tenang adalah sangka baik kepada Allah.
  3. Berpijak di bumi nyata. Usah mengharap untuk kembali, jika hanya mudarat yang menanti. Usah ditunggu jika orang pun dah tak sudi. Harapan itu adalah sesuatu yang amat menyakitkan.
  4. Tetap positif. Positif adalah fikiran yang jernih. Apapun tak cukup sekadar positif, kita juga harus realistik.
  5. Maafkan semua orang. Usah kita menyimpan rasa benci, sakit hati dan dendam. Dendam adalah api yang akan membakar diri kita.
  6. Maafkan diri kita sendiri. Sayang diri kita. Jika kita dah lama abaikan diri kita, ini masanya untuk kita kembali sayang pada diri sendiri. Nak hidup tenang, wajib sayang diri kita sendiri.
  7. Banyakkan bersyukur. Hitung kesyukuran kita setiap hari. Bila syukur, hati lebih lapang
  8. Menangis. Jika rasa nak nangis, nangis je. Jangan ditahan-tahan. Kita menangis bukab sebab kita lemah, tapi sebab kita sudah lama bersabar dan bertahan. Kita menangis kerana kita nak Allah bantu kita. Lepas nangis selalunya rasa lebih tenang.
  9. Move on. Mula hidup baru. Start new. All new.
  10. Usah diintip (stalk) bekas suami, kekasih suami mahupun bekas madu kita dan semua yang berkaitan. Tak perlu sesakkan dada dengan apa yang tidak perlu. Jika perlu block, block je.

    Beritahu apa yang kita rasa kepada orang yang dipercayai

  11. Belajar meluahkan dan bagitahu apa yang kita rasa (kepada orang yang dipercayai). Usah disimpan semuanya dalam hati, ini akan memakan diri.
  12. Kawal apa yang kita boleh kawal. Tak perlu kawal apa yang di luar kawalan kita.
  13. Cukup-cukuplah menyalahkan diri sendiri, menyalahkan bekas suami atau pihak ketiga. Dengan menyalahkan orang lain tidak akan menyelesaikan apa pun. Hidup kita juga makin kusut.
  14. Usah dibuka dan dijaja aib bekas pasangan. Ini mengundang banyak implikasi negatif dan impaknya kita juga yang hidup tak tenang.
  15. Susun balik kewangan. Atur kewangan dengan baik. Jika kewangan tidak diatur dengan baik, boleh sebabkan tekanan hidup.
  16. Cari ilmu dan kemahiran. Sibukkan diri dengan apa yang boleh membina diri/ menambah nilai pada diri kita sendiri. Allah pun suka orang yang menuntut ilmu.
  17. Cari hobi atau minat yang baru. Luangkan masa untuk diri sendiri. Pergi spa, gym, aktiviti fun run, hiking, riadah dsb.
  18. Berada dalam circle yang baik dan supportive. Kita tak perlu kawan-kawan yang toksik dan negatif.
  19. Cari seorang sahabat yang boleh kita menumpang bahu. Haruslah seorang yang boleh dipercayai. Tak perlu ramai. Memiliki seorang sahabat yang baik sepertinya masalah kita berkurang 50%.
  20. Usah dilayan kata-kata makcik bawang. Fokus hidup kita sendiri je. Jika susah pun kita, jika senang pun kita.

    Nak tips lagi? Teruskan semangat membaca kalian hingga ke akhirnya.

  21. Tangani stress dengan baik. Usah biarkan diri berlamaan dalam kekecewaan dan kesedihan. Jauhkan diri daripada tekanan mental dan depresi.
  22. Jaga kesihatan. Tidur yang berkualiti, rehat yang cukup dan jaga pemakanan. Kesihatan itu sangat mahal harganya, termasuklah kesihatan mental.
  23. Uruskan masa dengan baik. Ni pun kunci hidup tenang. Usah bertangguh. Usah buang masa. Usah terlalu banyak hiburan yang melalaikan.
  24. Uruskan anak-anak dengan baik. Tangani emosi mereka. Membesarkan anak sendirian memang tidak mudah. Jika perlu, dapatkan bantuan orang sekeliling.
  25. Usah paksa diri buat semua perkara sehingga terlalu penat fizikal-mental-emosi. Ini akan mengundang stress dan kemurungan.
  26. Jika perlu, jumpa kaunselor atau pakar psikiatri atau clinical psychologist. Lebih-lebih lagi jika ada menyimpan kisah gelap mahupun trauma. Jumpa pakar bukan bermakna kita gila ataupun sakit jiwa, tapi kita sedar kita perlu dibantu. Demi kemaslahatan diri dan anak-anak.
  27. Tuntut hak di mahkamah, terutama sekali nafkah anak. Ini untuk mengelakkan tekanan di kemudian hari.
  28. Pergi bercuti. Take a break.
  29. Minum kopi dan makan coklat. Chill!
  30. Jangan berhenti buat baik pada semua orang. Bila kita sedih/ stress, cari orang untuk kita bantu. Fitrah kita sebagai manusia sukakan kebaikan dan kita perlu buat baik. Kebaikan akan membawa ketenangan.

    Jauhi perkara yang lagha dan berdosa

  31. Elakkan perkara lagha, buat jahat, dosa dan maksiat. Dosa adalah pemberat hidup, boleh sebabkan hidup kita tak tenang. Ye, kita cuba dan kita usaha.
  32. Amalkan solat taubat, kerana kita adalah pendosa. Solat taubat dan solat² sunat boleh buat hati kita tenang.
  33. Dekatkan diri dengan al-Quran. InsyaAllah, di situ ketenangan. Hiduplah kita dalam janji-Nya.
  34. Zikir dan doa. Satu lagi, dengan memahami/ menghayati/ beramal dengan asma ul husna pun boleh buat kita tenang.
  35. Yang terakhir namun terpenting, berusahalah kita untuk dekatkan diri kepada Allah.
  36. Usah over thinking. Tak payah fikir apa yang kita tak patut fikir. Fikir diri sendiri dan anak-anak yang berpaut pada kita.

hidup tenang

Meminta kepada Allah. Berharap kepada Allah. Bergantung kepada Allah dan hanya kepada Allah. Berserah kepada Allah dengan sepenuh penyerahan jiwa. Sesungguhnya kita adalah hamba.

Allah SWT sumber kekuatan dan Allah jua sumber ketenangan kita. Allah je yang boleh bagi kita tenang, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang” (Ar-Rad : 28).

Sumber: Nur Zulaikha

Baca juga: Viral! Virus Zombi Berusia Lebih 48 Ribu Tahun Bakal Mengancam Dunia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat