Budak Dimakan Buaya, Ayah Bertarung Nyawa Selamatkan Anak Luka Di Badan & Kepala
Zaman sekarang zaman di mana ibu bapa dan penjaga berasa risau teramat sangat akan keselamatan anak-anak mereka. Lambakan penculik dan penjenayah di luar sana membuatkan hati para ibu bapa gundah gulana.
Tidak kira di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung. Keselamatan anak-anak tetap menjadi kerisauan para penjaga mereka. Jika berada di bandar, para ibu bapa memikirkan kejahatan yang bakal dilakukan oleh manusia.
Namun lain pula apabila berada di kawasan-kawasan riadah ataupun sungai. Tempat sebegini juga banyak bahayanya. Tidak kira sama ada daripada serangga, binatang berbisa ataupun binatang buas.
Budak Dimakan Buaya, Ayah Pula Bertarung Nyawa Selamatkan Anak Luka Di Badan & Kepala
Malah terbaharu, viral beberapa buah video yang memaparkan seorang budak dimakan buaya. Lebih sedih dan sebak lagi apabila menerusi video tersebut, dapat dilihat badan kanak-kanak berkenaan masih berada dimulut buaya.
Detik-detik hitam yang berlaku di Lahad Datu, Sabah itu sempat dirakam dan dikongsikan dalam media sosial. Dikatakan, ayah kepada kanak-kanak berkenaan sempat bertarung nyawa bagi menyelamatkan anaknya sehingga luka di badan dan kepala.
Melihat video yang cukup mengerikan itu, rata-rata warganet berasa sebak dan menangis saat melihat sekujur tubuh seorang kanak-kanak berada dimulut buaya yang agak besar saiznya itu.
Ramai juga yang turut sedih apabila melihat badan si ayah habis luka dan berdarah dek kerana mahu menyelamatkan anaknya. Walaubagaimanapun, takdir berkata sebaliknya. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan si ayah apabila berhadapan dengan situasi gentir itu.
Pastinya si ayah sudah mencuba sebaik dan sedaya mungkin, namun tenaga dan kudrat manusia jarang sekali boleh mengalahkan buaya yang begitu rakus itu. Berkenaan dengan kejadian ini, tidak dapat diketahui dengan lebih jelas bagaimana ia boleh berlaku.
Walau apapun, semoga ayah keluarga kepada budak tersebut tabah dan sabar dengan apa yang berlaku.
Kenapa buaya menyerang dan makan manusia?
Buaya merupakan salah satu spesis yang hebat dalam berburu mangsa. Haiwan ini boleh mendapatkan mangsa dengan pantas dan secepat yang mungkin. Namun begitu, menurut beberapa sumber, buaya hanya berburu jika ada kesempatan sahaja.
Tetapi kenapa buaya makan manusia? Penyerangan buaya ke atas manusia disebabkan beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah kerana tempat tinggal mereka dirosakkan oleh manusia. Malah tempat mereka mencari makan juga turut sama hilang dek kerana tangan manusia.
Apabila tempat tinggal mereka dan tempat mereka mencari makan dirosakkan oleh tangan-tangan manusia, tiada lagi makanan yang mereka boleh makan dan menyebabkan mereka bersikap rakus lalu menyerang manusia.
Faktor lain lagi adalah cuaca dan musim. Menurut beberapa sumber juga, pada ketika cuaca atau musim kemarau, buaya akan lebih sensitif dan lebih mudah menyerang manusia.
Kalaupun buaya ini menyerang manusia, terdapat dua kemungkinan iaitu mangsa akan ditelan atau dimakan habis ataupun hanya dipatahkan atau dimakan beberapa bahagian dari anggota badan. Disebabkan itu, ada mangsa yang dimakan buaya dapat dikenal pasti lagi.
Sumber video: Mohd Shasani Haimi
Baca juga: Tak Berhati Perut & Kejam! Anak Hidang Teh Panas Beracun Kepada Ibu, Ayah Dan Kakak