David Teo Dan Mat Over Berdamai Di Hadapan Khalayak Ramai
Kekecohan yang menjadi viral ini berlaku semasa Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segmen Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya bermula jam 6.30 petang hingga 10.35 malam tadi.
Kekecohan kecil yang tercetus membabitkan insiden pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak, dikatakan David Teo ditampar oleh Mat Over dipercayai kerana bersikap kurang ajar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum berlakunya kekecohan kelihatan David Teo cuba bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri, Najib Razak.
Yang mana dikatakan Tindakan David Teo itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.
Sebelum Mat Over datang dari satu sudut dan kelihatan seperti menuju secara laju ke arah David Teo dan menampar David Teo sementara Rosyam Noor menenangkan keadaan.
Bagaimanapun kekecohan itu teleh berakhir dengan berbaik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai. Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Mat Over dan Teo bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi ‘Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni’, Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana di sini, malam tadi.
Pada pendapat admin David Teo telah mengikut saluran yang betul untuk bertanya dan meluahkan ketidak puasan hati terhadap apa yang berlaku pada masa sekarang.