Viral! Virus Zombi Berusia Lebih 48 Ribu Tahun Bakal Mengancam Dunia?
Jika sebut zombi, pastinya ramai dalam kita sudah terbayang mukanya yang buruk, berjalan perlahan dan menyerang manusia dengan menggigit. Setelah manusia digigit, manusia itu pula menjadi zombi.
Walaupun kelihatan zombi ini biasa sahaja namun ramai juga yang berasa takut akan zombi ini. Sememangnya zombi ini tidak pernah wujud dalam dunia realiti, hanya dalam drama ataupun filem sahaja.
Akan tetapi, bolehkah kita bayangkan andai suatu hari nanti dunia dikejutkan dengan kemunculan zombi ini. Apakah yang bakal kita lakukan. Lari atau sembunyikan diri? Cuba kita bayangkan, pada ketika itu, dunia begitu kelam kabut. Cukup seram untuk dibayangkan kan?
Viral! Virus Zombi Berusia Lebih 48 Ribu Tahun Bakal Mengancam Dunia?
Mengenai dengan zombi ini, terbaharu dunia dihebohkan dengan penemuan virus Zombi yang berusia 48,500 tahun yang berada di bawah tasik beku. Diketahui virus tersebut berasal dari permafrost, iaitu lapisan tanah beku yang berada di bawah suhu 0 darjah celcius.
Hal tersebut hangat diperkatakan oleh warga maya sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang dalam hati segelintir penduduk dunia.
Beberapa sampel virus telah ditemui oleh sekumpulan saintis Eropah di bawah permukaan ais di Siberia, Rusia dan salah satu antaranya adalah sampel virus zombi. Menurut Sky News, kira-kira 13 jenis virus zombi ditemui.
Seperti mana yang didedahkan oleh Jean-Marie Alempic, Ketua Pusat Penyelididkan Saintifik Kebangsaan Perancis, salah satu daripada virus zombi tersebut masih boleh berjangkit walaupun sudah terperangkap di dalam ais sejak 48, 500 tahun yang lampau.
Virus zombi turut dikenali sebagai pandoravirus
Virus zombi yang dikenali sebagai pandoravirus itu tidak boleh menjangkiti atau memberikan risiko ancaman kepada manusia. Virus tersebut hanya menjangkiti organisma sel tunggal. Walaubagaimanapun, kajian itu belum disemak. Setakat ini, terdapat penyelidikan yang terhad terhadap virus hidup berkenaan.
Sementara itu, Pasukan dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis turut berkata, penyelidikan lanjut perlu dijalankan bagi mengetahui sejauh mana bahaya virus zombi itu memandangkan landskap beku semakin mencair.
“Satu perempat daripada hemisfera utara didasari dengan tanah beku kekal yang disebut sebagai permafrost. Disebabkan pemanasan iklim, permafrost yang mencair tidak dapat dipulihkan membebaskan bahan organik beku hingga ada yang berusia sejuta tahun. Kebanyakanya terurai menjadi karbon dioksida dan metana sekali gus meningkatkan lagi kesan rumah hijau”
Menurut laporan kajian itu lagi, sebahagian daripada bahan organik itu terdiri daripada mikrob selular yang dihidupkan semula serta virus yang kekal tidak aktif sejak zaman prasejarah.
Diharapkan semoga virus zombi ini tidak membahayakan manusia. Sesuatu yang cukup menyeramkan bakal berlaku andaikata virus ini menyerang manusia. Pasti ada yang tertanya-tanya macam mana rupa virus zombi ini kan? Terdapat enam bentuk virus tersebut, ianya adalah seperti dalam gambar di bawah ini.
Semoga dunia kita dalam keadaan baik-baik sahaja. Cukuplah virus Covid-19 yang menimpa dunia sejak beberapa tahun yang lepas. Datangnya tidak diundang, kepergiannya masih dinanti-nanti agar masyarakat dunia dapat hidup dengan lebih tenang dan nyaman.
Sumber: Detik Health
Baca juga: Jual Nasi Lemak RM1, Bang Sudu Sedih Dengan Komen Individu Yang Tak Bersyukur