Populariti Trump Jatuh Merudum di Seluruh Dunia!

Sumber Rujukan : Harian Metro

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pernah memberitahu perkara-perkara hebat yang bakal dilakukan beliau pada pilihan raya yang lalu sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar rakyat Amerika.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, Trump dan dasarnya jelas tidak dapat meraih populariti di seluruh dunia, kecuali di Russia dan Israel.

Kaji selidik oleh Pusat Kajian Pew membabitkan penduduk di 37 negara menunjukkan penurunan mendadak dalam kepercayaan purata terhadap pemimpin Amerika berkait dengan hal ehwal antarabangsa.

Hanya 24 peratus responden berkata, mereka mempercayai Trump akan memimpin peranan Amerika di peringkat antarabangsa, berbanding 64 peratus yang yakin pada presiden sebelumnya, Barack Obama.

“Pada mata kebanyakan responden di seluruh dunia, penghuni baru White House itu sombong, tidak bertolak ansur dan juga berbahaya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan bersama dengan hasil kajian yang dilakukan antara 16 Februari dan 8 Mei itu.”

Minggu lalu, kaji selidik yang dilakukan di peringkat kebangsaan oleh CBS mendapati, populariti Trump jatuh kepada 36 peratus, paras paling rendah sejak dia menjadi presiden Januari lalu. Trump dianggap tidak membawa banyak berita baik selari dengan populariti yang dimiliki olehnya.

Tanggapan positif terhadap Amerika Syarikat di kebanyakan negara juga merosot, khususnya dalam kalangan rakyat negara sekutu Amerika Syarikat di Eropah dan Asia serta di Kanada dan Mexico.


(Gambar kiri): Presiden Donald Trump semasa berada di Dewan Perwakilan pada 28 Februari 2016 dan (gambar kanan): James Comey di Washington pada 07 Julai 2016

 
The Washington Post mendedahkan bahawa Trump berkongsi maklumat yang sangat diklasifikasikan tentang plot oleh Islamic State Group (ISIS), di mana ia diperoleh melalui perkongsian daripada perisikan, dengan pegawai Russia di Pejabat Oval. Hasil kaji selidik yang dilakukan, majoriti pengundi (52 peratus di kedua-dua belah pihak dan 56 peratus bebas) berkata bahawa mereka tidak fikir langkah yang diambil oleh Trump adalah sesuai untuk presiden mendedahkan maklumat yang begitu diklasifikasikan itu kepada Rusia. Kemungkinan besar hal ini juga merupakan salah satu faktor kedudukan populariti Trump terjejas teruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat