30 tips bisnes khas 2019 dari CEO D’Apple
Walaupun saya masih belum betul-betul berjaya, saya kumpul pengalaman 17 tahun keseluruhan tempoh saya berniaga untuk hasilkan nasihat ini (12 tahun berniaga sendiri dan 5 tahun berniaga dengan orang). Ia bukan dari buku atau copy paste tapi betul-betul dari hati dan pengalaman sendiri. Dan kalau anda nak tahu, ini adalah 30 tips bisnes khas 2019 dari CEO D’Apple serta berdasarkan dari pengalaman saya sendiri:
1. Nak bisnes wajib ada MENTOR. Mentor yang betul, bukan mentol. Saya letak ni di nombor satu sebab pada saya ia sangat penting. Ada orang kata mentor tak penting. Kalau nasib baik, ok la. Kalau nasib tak menyebelahi kita, tinggi harganya yang perlu kita bayar. Terjun terus ke dalam dunia bisnes (sepenuh masa) tanpa mentor dan pengalaman bekerja dalam sektor bisnes adalah sangat besar risikonya..
2. Nak bisnes satu-satu bidang tu seeloknya ada pengalaman dulu dalam bidang yang nak dibuat bisnes tu. Macam mana nak ada pengalaman jika baru nak mula bisnes? Jawapannya, kena pergi kerja atau BERKULI dulu dengan syarikat yang modelnya sama dengan bisnes yang kita nak dibuat.
3. Kena belajar ilmu BUAT DUIT. Belajar ilmu tarik masuk duit. Ilmu pemasaran dan jualan. Kena pulak zaman ni zaman teknologi, kena la belajar ilmu jualan / pemasaran via teknologi macam fb, instagram, web, blog, google ads. Ilmu jualan offline pun kena ada. Online dan offline mesti bersatu. Sukar untuk anda survive dalam masa sekarang tanpa pengetahuan atau update ilmu IT terkini..
4. Kena belajar ilmu URUS DUIT. Duit yang masuk perlu diurus untuk menjadikan ia selamat dan boleh digandakan. Jadi, kena urus elok-elok. Kena catat rekod keluar masuk duit, belian, jualan, hutang, belanja, modal, dan akhir sekali kena tahu berapa untung ruginya. Wajib tahu ilmu urus duit gst, cukai dan zakat. Urus duit juga termasuk urus kos. Kos operasi, kos iklan, kos bahan mentah dll. Kena ada sistem untuk urus duit
5. Kena belajar ilmu GANDAKAN DUIT. Bila kita ada data-data dari ilmu pengurusan duit, maka barulah kita mampu buat keputusan untuk gandakan duit. Jika tak ada data-data dari pengurusan duit seperti no. 4 di atas, bagaimana kita mampu nak gandakan duit. Contoh: macam mana nak buka cawangan lain jika cawangan yang sebelum ni rugi sebab kos operasi lebih tinggi. Macam mana nak melabur jika duit tunai sebenarnya tak ada walapun nampak macam ada? (Duit yang ada sebenarnya duit apungan pembekal)
6. Nak berbisnes tak boleh berseorangan. Kena ada TEAM. Letih, susah nak berkembang, idea terhad sebab satu kepala dan penat sebab satu kudrat.
7. Jangan berasa selesa dengan DUIT PINJAMAN. Jika dapat pinjaman sekalipun, anggap bahawa kita tak ada duit dan kita selalu dalam keadaan terdesak mencari duit masuk walaupun duit pinjaman masih ada. Gunakan duit pinjaman dengan sebaik mungkin. Jangan jolly tak tentu pasal. Kena selalu ingat itu pinjaman, bukan duit kita atau duit bapak kita. Duit pinjaman boleh membantu namun jika salah guna, ia boleh membunuh bisnes kita.
8. Kena selalu IKLAN, iklan, iklan dan iklan. Nak jimatkan kos iklan, bukan dengan kurangkan iklan tapi dengan tambah ilmu iklan.
9. Lebihkan jualan TUNAI jika modal sedikit. Jika modal banyak, juga kena banyakkan jualan tunai. Kalau boleh elakkan bisnes dengan beri hutang. Kecuali hutang yang boleh kita tanggung yakni jika ianya hilang, bisnes juga tak hilang sama.
10. Susah macam mana pun, jangan TIPU orang. Jangan jadi ‘scammmer’ jika nak keluar dari kesusahan. Jangan bina istana diatas keperitan orang lain.
11. Ingat, segala-galanya adalah dari Allah. Kita berjaya bukan sebab semata-mata kita kuat berusaha (walaupun sebenarnya kerja keras tu adalah salah satu peyumbang kepada kejayaan kita). Kita berjaya kerana RahmatNya. DIA boleh bagi dalam sekelip mata dan Dia juga boleh tarik dalam sekelip mata. Jangan sombong dan lupa diri bila berjaya nanti.
12. Jangan cepat sentap sangat. Hati mesti mau baik tapi jangan tisu sangat. Mesti kental tapi berhati-hati dengan apa nampak di depan mata.
13. Sentiasa berniat untuk buat terbaik untuk ‘customer’ dan pekerja kita. InshaAllah Allah akan tolong kita
14. Kena jadi ‘risk taker’. Tapi bukan semberono, kena kaji juga sebelum ambil risiko tu. Kena ada plan A, B, C sehingga Z. Jika sudah habis huruf, guna pilihan nombor pulak..
15. Kalau tak mampu gajikan pekerja terbaik, latih yang sedia ada, jadikannya yang terbaik ?
16. Kena ada target yang realistik bila berniaga. Contohnya kita nak sales banyak. Kena tulis dan tampal kat dinding banyak mana dan dalam tempoh berapa lama. Contoh : Aku nak buat sales RM500k sebulan. Sebab apa? Sebab matlamat, target, tulisan, kata-kata, impian kita tu adalah satu doa.
17. Bila ada matlamat dan target, kena FOCUS la yer.. Jangan main-main. “Follow On Course Until Success”. Kena kerja kuat dan dan dengan cerdik. Work hard and smart. Jangan main-main. Jangan bertangguh.
18. ‘Passion’ kena tinggi. Lebih baik buat bisnes yang kita minat sebab ia akan membantu kita bila kita ‘down’. Bila dah kaya raya, kita buat bisnes yang kita tak minat pun boleh buat bisnes jadi berjaya sebab kita dah mampu gajikan orang yang berkemampuan untuk jaga bisnes yang kita tak minat.
19. Jangan takut. Jika takut jangan buat terus. Jangan terlalu berani, calculate the risk.
20. Bisnes wajib ada brand. Brand kena segera di daftar trademark nya di MyIPO. Sebab kelak akan menangis tak berlagu bila logo atau cap dagangan di register orang. Hebahkan brand anda sebab satu masa ia sangat berguna untuk anda.
21. Kena terima hakikat bahawa bukan semua keadaan bila jualan meningkat, untung akan meningkat juga jika tak kena cara.
22. Kena hati-hati sebelum tambah cawangan. Kira dan kaji masak-masak dulu sebab, ia mungkin boleh jadi mesin duit atau mungkin juga lubang kubur kita. Jika tak faham game, matlamat dan kaedah, tambah cawangan boleh sahaja menjatuhkan kita dengan lebih cepat. Kena cari ilmu dari usahawan yang berjaya dengan cawangan yang banyak dan yang sudah bertahan lama.
23. Walaupun kita rasa kita ni geng milenia, jangan abaikan terus nasihat orang lama. Banyak yang betulnya juga dari mereka
24. Jika sedih, kecewa, buntu, cari Allah dulu, baru cari sifu.. Jika terasa sudah terlalu berat bebanan, maka sujudlah kepadaNya.
25. Nak berjaya kita kena kuat. Kuat fizikal dan mental. Macam mana nak cari kekuatan itu? Tak usah dicari, kekuatan akan hadir selepas kita berjaya bangkit dari derita.. (kekuatan sebenar kurniaan Ilahi)
26. Jika jatuh, bangkit lagi, jatuh lagi, bangkit lagi, jatuh lagi, bangkit lagi, jatuh lagi bangkit lagi sehingga mati yang memang tentu takleh bangkit lagi dah.. Itulah semangat jati usahawan..
27. Kena faham bahawa pelanggan perlukan masa untuk TAHU, KENAL, SUKA dan PERCAYA kepada brand dan produk kita. Kena bertahan dan sabar dengan prosesnya. Ianya memang mengambil masa.
28. Jika kita mahu kembangkan cawangan, ada 2 rules yang kena ambik berat. Rule pertama : Jangan terlalu letak kepercayaan kepada orang tapi letaklah kepercayaan kepada sistem. Percaya kepada orang boleh sampai tahap 40% saja tapi selebihnya adalah sistem. Rule kedua : Ingat rule pertama tadi. Dan selalulah berdoa kepada Allah semoga di permudahkan segala urusan dan kawalan. Sistem tu asbab, Allah juga penentunya.
29. Jika anda mengabaikan pengurusan kewangan seperti rekod keluar masuk duit, pengurusan akaun, stok dan sediakan akaun untung rugi, maka anda sedang gali lubang kubur bisnes anda dengan sendirinya.. Bersedialah untuk tersungkur..
30. Usah bersedih dan berduka lara secara berlebih-lebihan jika apa yang kita buat masih belum membuahkan hasil lagi kerana:
La Tahzan, Innallaha ma’ana : Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita
Bersabarlah. Jika kita buat benda betul dan berusaha tanpa putus asa, jangan risau jangan khuatir, lambat atau cepat, akan datang waktu girang itu nanti..
Wallahualam..
#SilakanShare
Tonton video untuk tips memulakan bisnes: