Tag : koronavirus

[TERKINI] Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Status terkini pada jam 8 pagi, 11 Februari 2020 bagi kes Novel Coronavirus (2019-nCoV). Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO. WHO ialah yang menjadi pusat data dan statistik kes novel Coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti. Virus baru dipercayai muncul, tahun lalu di pasaran yang menjual haiwan liar di Wuhan. […]

TERKINI : Mangsa Terbaru Positif Koronavirus, Wanita 67 Tahun Warga Malaysia

Satu kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan mengatakan bahawa satu lagi kes positif yang melibatkan wanita warga tempatan berumur 65 tahun. Menjadikan jumlah kes setakat ini 17. Mangsa terbaharu ini merupakan ibu mertua kepada lelaki tempatan iaitu mangsa kes ke-9. Beliau dilaporkan stabil dan dirawat di wad isolasi Sungai Buloh. Ini menjadikan 17 kes wabak koronavirus […]

[TERKINI] Dua Lagi Rakyat Malaysia Positif Koronavirus

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa dua lagi rakyat tempatan positif Koronavirus baharu (2019-nCoV). Mereka adalah lelaki berumur 45 tahun dan anaknya berusia sembilan tahun. Seterusnya menjadikan keseluruhan 3 orang rakyat Malaysia yang dijangkiti koronavirus. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dua beranak itu dibawa pulang ke Malaysia dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan […]

Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus

Lelaki berusia 41 tahun dari Selangor menjadi rakyat Malaysia yang pertama disahkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata mangsa menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China di Singapura pada 16 hingga 23 januari lalu.Katanya, keluarga terdekatnya akan diletakkan dalam ‘home surveillance’ selama 14 hari. Novel Koronavirus (nCoV) adalah […]