[TERKINI] Dua Lagi Rakyat Malaysia Positif Koronavirus

Sumber Rujukan : Harian Metro

Koronavirus

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa dua lagi rakyat tempatan positif Koronavirus baharu (2019-nCoV).

Mereka adalah lelaki berumur 45 tahun dan anaknya berusia sembilan tahun. Seterusnya menjadikan keseluruhan 3 orang rakyat Malaysia yang dijangkiti koronavirus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dua beranak itu dibawa pulang ke Malaysia dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan dan telah tiba, semalam.

Katanya, mereka sudah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk menerima rawatan selanjutnya. Sebaliknya, ahli keluarga yang bersama mereka disahkan negatif virus.

“Manakala, ahli keluarga yang bersama mereka iaitu isteri lelaki itu dan seorang lagi anaknya negatif virus,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat