6 Tips Pemilihan Pemakaian Sukan Yang Dapat Menjamian Keselesaan Semasa Bersukan


Sukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan dengan pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Contohnya berlari semasa peetandingan itu dipanggil sukan, tetapi berlari bersendirian atau bersama teman dipanggil reakreasi.

Memang tidak dinafikan bahawa kita mahir dalam menentu fesyen yang nak dipakai semasa ke majlis-majlis tertentu. Akan tetapi adakah kita mahir dalam menentukan pakaian yang sesuai semasa bersukan atau melakukan aktiviti rekreasi?

Dalam menjalankan aktiviti sukan, pemakaian yang sesuai juga merupakan salah satu faktor penting. Adakah anda main sarung je pakaian untuk bersukan? Terdapat beberapa tips yang boleh kita jadikan sebagai panduan dalam memilih dan menentukan pakaian yang sesuai untuk kita bersukan.

Tips Pemilihan Pakaian Semasa Sukan

1. Rekabentuk Pakaian Sukan

Rekabentuk pakaian sukan? Mesti ada yang pelikkan. Reka bentuk pakaian sukan ini contohnya ialah, ada seluar sukan yang mempunyai poket. Kebiasaannya pemakai akan meletakkan kunci ataupun telefon didalam poket tersebut semasa melakukan aktiviti larian.

Manakala bagi wanita, ada yang jenis suka memakai skirt dan digayakan bersama seluar trek. Ini bagi menutup aurat dan skirt yang tidak terlalu labuh sangat disarankan bagi memudahkan sebarang pergerakan yang akan dilakukan.

2. Outdoor/Indoor

Bagi yang aktif melakukan aktivit outdoor, pemakaian yang berwarna cerah sangat digalakkan. Ini dapat mengelakkan daripada kita mudah panas. Hal ini mengelakkan anda daripada mengalami strok haba kerana pakaian yang berwarna gelap meyerap haba lebih banyak berbanding warna cerah.

Manakala bagi yang menyertai sukan indoor, pakaian sedikit gelap boleh digunakan. Tidak kira sama ada anda berlari diatas treadmill ataupun menyertai kelas aerobik.

Manakala yang menyertai pertandingan larian, anda boleh mendapatkan nasihat daripada jurulatih atau mengikut yang telah ditetapkan oleh penganjur. Pemakaian yang sesuai dan selesa dengan anda akan mempengaruhi prestasi anda dalam mencapai kejayaan dalam melakukan sesuatu aktiviti.

3. Keselesaan

Tidak kira apa jenis pakaian yang kita pilih sekalipun, keselesaan harus diutamakan. Ini dapat memastikan kita dapat melakukan aktivit dengan selesa dalam tempoh masa yang lama.

Pakaian yang dipilih haruslah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Pakaian yang ketat akan menjerut peredaran darah kita yang mana akan mengakibatkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh badan dengan cukup.

Pakaian yang terlalu longgar juga akan mengganggu pergerakan dan juga akan mendapatkan pelbagai risiko seperti tersangkut pada alatan sukan ataupun dahan pokok semasa melakukan aktiviti outdoor.

4. Fabrik Kain Yang Sesuai

Sememangnya kita akan berpeluh dengan banyak apabila melakukan sebarang aktiviti. Dengan itu, fabrik yang sesuai haruslah di utamakan bukan gaya semata-mata tau. Fabrik yang berasaskan kapas sangat disyorkan.

Ini kerana fabrik yang berasaskan kapas dapat menyerap peluh dengan lebih banyak. Selain fabrik dairpada kapas, jenis kain yang menggalakkan pengaliran udara keluar masuk yang baik juga harus dijadikan pilihan utama.

Jenis kain yang menggalakkan pengaliran udara keluar dan masuk dapat mengurangkan risiko strok haba. Selain dapat memberikan keselesaan kepada pemakai dan mengelakkan mudah terinfeksi oleh penyakit kulit.

5. Kasut

Pemilihan kasut yang sesuai mengikut sukan atau aktiviti yang kita lakukan sangat penting. Ini bagi menjamin keselamatan bahagian kaki. Sebagai contohnya badminton, kasut yang sesuai haruslah dipakai supaya dapat mengelakkan licin semasa bermain dan mengelakkan kecederaan.

Kasut yang sesusai bagi untuk berlari pula ialah yang sedikit lembut pada bahagian dalam atau jenis yang masterfoam. Ini dapat mengurangkan impak yang diterima oleh kaki semasa berlari.

6. Cermin Mata

Bagai yang suka bersukan semasa tengah hari, pemakaian cermin mata anti silau atau UV boleh dijadikan pilihan. Ini bagi mengelakkan daripada mata kita mudah sakit dan sentiasa dalam keadan yang selesa.

Selain itu, bagi mereka yang memang berkaca mata, flexspec sangat sesuai kerana ia sangat ringan, mudah lentur dan tahan lasak selain tidak mudah jatuh kerana boleh laras mengikut keselesaan. Flexspec keluaran ibnusina sangat disyorkan bagi anda yang aktivit bersukan kerana memenuhi kriteria yang dinginkan seperti:

  • Tahan Lasak
  • Hujung Bingkai Boleh Laras
  • Ringan
  • Rekaan yang Ergonomik

Sekiranya ia masih menjadi keraguan anda, mari kita lihat feedback dari pelanggan yang pernah membelinya:

Pemakaian Sukan

Dengan pemakaian yang sesuai, selain dapat menjamin keselesaan dan meningkatkan stamina kita, risiko untuk mendapat kecederaan semasa bersukan juga dapat dielakkan. Anda haruslah mengutamakan etika pemakaian yang sesuai mengikut aktiviti sukan yang anda akan lakukan.

Semoga dengan perkongsian ini sikit sebanyak dapat menajamkan lagi keprihatinan anda dalam memiliah pakaian sukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat