Pernah Viral Sebelum, Kenapa Hanafi Bakal Penjarakan Bekas Isteri?
Betul apa yang diberitahu dan diperkatakan orang, hidup ini betul-betul ujian dan penuh dengan dugaan. Pastinya dugaan itu adalah sebagai salah satu ujian yang perlu dihadapi oleh kita sebelum masuk ke syurga Allah.
Oleh sebab itu kita disarankan untuk sentiasa bersabar, redha dan terima semua ujian tersebut dengan lapang dada. Tidak kiralah apakah ujian tersebut, sama ada diuji dengan masalah keluarga, kawan-kawan dan anak-anak. Malah lebih teruk dan memerlukan kekuatan mental dan iman adalah apabila kita diuji dengan pihak ketiga dalam rumahtangga.
Kisah keretakkan rumahtangga akibat dari kecurangan mana mana pihak terlampau banyak berlaku. Salah satunya adalah kisah berkenaan seorang Doktor Hanafi yang kantoi berskandal dengan wanita lain iaitu perawatan kesihatan di tempat kerja yang sama. Kisah tersebut cukup menyedihkan kerana doktor berkenaan melafazkan cerai talak satu seusainya scene kantoi itu.
Pernah Viral Sebelum, Kenapa Hanafi Bakal Penjarakan Bekas Isteri?
Namun terbaharu, viral pula di aplikasi Twitter berkenaan dengan bekas isteri kepada Doktor Hanafi ini dipenjarakan olehnya. Apakah sebabnya? Menerusi Twitter, isu tersebut bermula apabila Doktor berkenaan ingin datang melawat anaknya di rumah bekas isterinya.
Namun dia tidak dibenarkan kerana pada ketika itu anaknya dikuarantinkan kerana menghidap HFMD dan positif Covid. Bukan saja-saja tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya.
Ekoran kejadian tersebut dan beberapa lagi kejadian lain, Doktor berkenaan telah menfailkan permohonan undang-undang terhadap bekas isterinya. Permohonan tersebut difailkan atas sebab bekas isterinya itu ingkat perintah Mahkamah Syariah berkaitab isu melawat anak.
Assalamualaikum,
Hi everyone, I’ve been quiet. But now I need some ‘kuasa viral’ of women out there. Mothers, single ke.. xkesah. Please hear me out. And I’m hoping for KPWKM/YB Rina Harun will hear this too.
My cousin is a doctor at a gov hospital and also a mother. Got divorced last year ( l’m sure you’ve heard of the viral sikat tepi guy story). Its been a fight to get child custodly especially when banyak siding on the guy. Dari awal nak fail cerai pun ustaz ada nasihat “boleh bawa berbincang”, “suami tu boleh kahwin empat”, “..dosa besar kalau fitnah suami..” Padahal sudah terang dan jelas bahawa telah berlakunya penzinaan dan ada bukti yang kukuh.
Pendekkan cerita, the fight to get this child custody has and is been a roller coaster. So the story is, anak dia ada HFMD and covid when the father nak come visit. Of course the mother xizinkan because the kid is sick and basically berjangkit = perlu quarantine la. Ada all medical proof. Bukan saja xbagi ayah jumpa anak ye.
But there he twisted it.
The ex-husband requested mahkamah syariah to jail the ex-wife sbb “langgar perintah mahkamah” (for visitation rights).
Ini kali pertama Dr Najihah dibicarakan
Dalam masa yang sama, menerusi perkongsian di Twitter itu turut dikongsikan screenshoot berkenaan dengan kronologi kejadian tersebut. Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama bekas isteri Hanafi, Dr Najihah dibicarakan kerana ingkar perintah Mahkamah.
Walaupun baru kali pertama, Dr Najihah terus disabitkan hukuman maksimun. Ekoran itu, beliau perlu menjalani hukuman penjara 30 hari bekerja. Bagaimanapun, kini beliau diberi penangguhan selama 6 bulan hingga 1 tahun.
Terkedu seketika saat membaca perkongsian tersebut. Kenapa sampai begitu sekali, tidak bolehkah menggunakan cara lain? Lebih-lebih lagi bekas isterinya itu bukan saja-saja tidak membenarkan bekas lelakinya itu menemui anaknya. Moga dipermudahkan setiap urusannya.
Kredit: Twitter elisataufik
Baca juga: Alami Hoarding Disorder, Wanita Ini Tunjuk Keadaan Dapurnya Yang Mengejutkan