2 Pembuli Dan Curi Duit Serta Telefon Bimbit Remaja OKU Adalah Penagih Dadah

Sumber Rujukan : Harian Metro

Dua orang lelaki sebelum didakwa menyamun telefon bimbit dan wang tunai ramaja OKU berkenaan. Video yang dimuat naik oleh Nur Izzara Aisha di facebooknya mendapat ribuan perkongsian dan perhatian netizen.

“Kejadian membuli dan mencuri telefon bimbit milik seorang anak kurang upaya (OKU). 

“Mohd Nor Akmal dibuli di padang permainan di rumah murah Taman Sri Kluang serta telefon bimbitnya jenama Samsung J2 dan wang belanjanya dalam beg merah telah diambil dua lelaki terbabit,”

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, hasil ujian dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka mengambil dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek yang ditahan di rumah mereka di Taman Sri Lambak pada 11 malam tadi itu turut disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun dan direman empat hari.

“Polis turut merampas semula sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa samun mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Kluang, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat