Wakil Malaysia Dari UTeM Ke Worldskills Competition (WSC) di Abu Dhabi

Sumber Rujukan : Muhammad Sani

Worldskills Competition (WSC)

WorldSkills mempamerkan nilai kemahiran dan mengangkat pengiktirafan golongan profesional mahir di seluruh dunia. Kemahiran adalah asas kehidupan moden. Segala-galanya, dari rumah yang kita berteduh, masyarakat yang kita kita bina, semuanya adalah hasil kemahiran. Mereka adalah penggerak utama kerjaya dan syarikat yang berjaya, industri yang maju, dan ekonomi masa kini. Kemahiran membuatkan dunia terus bekerja.

The WorldSkills Competition adalah acara yang diadakan setiap 2 tahun merupakan pertandingan pendidikan (Technical Education) terbesar serta kemahiran (Vocational Skills) terbaik di dunia yang mencerminkan industri global masa kini. Peserta pertandingan ini merupakan yang terbaik antara yang terbaik yang dipilih dari pertandingan kemahiran dalam WorldSkills Member di negara masing-masing. Mereka yang menyertai Technical Education semua berumur 23 tahun dan bagi yang menyertai Vocational Skills pula berumur 25 tahun. Mereka mempamirkan kemahiran teknikal merangkumi secara perseorangan serta berkumpulan untuk menyelesaikan tugasan-tugasan tertentu dimana mereka perlu untuk belajar dan mengendalikan situasi tersebut. Salah satu tujuan utama WorldSkills Competition adalah untuk mempamerkan kepentingan pendidikan profesional, sebagai satu kaedah yang betul untuk transformasi sosioekonomi masa kini. Pertandingan ini junga memberi kemudahan dan peluang kepada pendidikan, industri-industri dan kerajaan untuk bertukar pendapat, makumat dan amalan terbaik berkaitan industri dan professional education. Selain itu, ini juga merupakan cara baru, idea baru untuk memberi inspirasi kepada golongan yang masih bersekolah untuk mendidik mereka tentang kerjaya dalam bidang teknikal dan teknologikal dan dunia akan datang.

 

بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kaulah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Berilah kekuatan dan ketenangan kepada Muhammad ‘Ammar sepanjang tempoh menduduki pertandingan ini. Limpahkanlah idea dan juga ilmu yang boleh membantu beliau menjawab soalan yang disediakan dengan penuh matang lagi mantap.

Kau hindarilah akan dirinya daripada melakukan sebarang kesalahan dan juga kesilapan ketika melaksanakan tugasan ini. Bantulah beliau ya Allah. Berilah peluang kepadanya untuk membawa pulang kejayaan dengan memperolehi pingat emas yang diidamkannya demi untuk UTeM, Negeri Melaka dan juga negara tercinta kami, Malaysia. Berilah juga peluang kejayaan manis ini kepada semua kontinjen negara kami, amiin.

 

والحمد لله رب العالمين

KENALI MUHAMMAD ‘AMMAR
Muhammad ‘Ammar Ibn Sani Al-Wadiyyah mewakili Malaysia dalam bidang IT Solution merupakan salah seorang pelajar UTeM, Durian Tunggal, Melaka, Malaysia.

Alumni SMKA Sultan Muhammad ini merupakan anak sulung kepada 5 orang adik beradik hasil perkongsian dua orang guru iaitu Hj. Muhammad Sani dan Hjh. Rozilah Mohd Zain yang menetap di Taman Koperasi, Serkam Darat, Merlimau, Melaka.

Pernah mendapat Anugerah Inovasi Islam peringkat kebangsaan ketika ditingkatan 4 dan hadiahnya disampaikan oleh DYMM Yang Dipertuan Agong ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau telah membangunkan Sistem e-Permohonan Sekolah Aliran Agama Negeri Melaka (e-PERKASA) online ketika masih belajar ditingkatan 3. Sistem ini disumbangkan kepada Jabatan Pendidikan Melaka untuk dimanfaatkan secara percuma.

Beliau juga telah membina Sistem e-GERAK untuk kegunaan SPI, JPN Melaka yang juga telah mendapat anugerah inovasi pada tahun 2015.

Walau bagaimanapun, beliau hanyalah pelajar biasa-biasa yang masih banyak perlu dilakukan dan dipelajari untuk menjadi anak dan pelajar terbaik suatu masa nanti, insya-Allah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat