Rakyat Malaysia Pertama Positif Koronavirus
Lelaki berusia 41 tahun dari Selangor menjadi rakyat Malaysia yang pertama disahkan positif koronavirus baharu (2019-nCoV).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata mangsa menghadiri mesyuarat bersama beberapa delegasi antarabangsa termasuk China di Singapura pada 16 hingga 23 januari lalu.Katanya, keluarga terdekatnya akan diletakkan dalam ‘home surveillance’ selama 14 hari.
Novel Koronavirus (nCoV) adalah virus yang menjadi punca wabak di Wuhan, China. Pihak berkuasa kesihatan di China mengumumkan lebih banyak kes koronavirus yang berasal dari Wuhan dan kematian yang dikaitkan dengan penyakit yang merebak dengan cepat itu.
Setakat jam 8 pagi Ahad, menurut laporan South China Morning Post, jumlah kes positif jangkitan koronavirus baru 2019-nCoV ialah 17,205 kes dengan 361 kematian.