Manfaat Bok Choy (Kubis Cina)
Manfaat Bok Choy ( kubis Cina )
Bok Choy (kubis cina) mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Sayur ini secara penampilan hampir sama dengan Sawi Putih, cuma ia lebih besar dan memiliki kelopak daun yang panjang-panjang dan rapat. Bok Choy memiliki rasa yang amat lazat. Di dalam kubis cina ini terdapat kandungan gizi yang melimpah. Anda boleh menikmati kubis ini dengan secara mentah ataupun dimasak dengan pelbagai cita rasa anda. Kubis ini mempunyai banyak manfaat kesihatan untuk anda.
Menurunkan tekanan darah
Kandungan kalium bukan sahaja membantu dalam merawat tekanan darah tinggi. Tetapi ia juga dapat mengekalkan tahap gula dalam darah kita. Mineral ini juga boleh merangsang mental kita dengan melegakan ketegangan, tekanan dan kebimbangan.
Meningkatkan kekuatan tulang
Bok choy kaya dengan kandungan mineral seperti magnesium, zat besi, kalsium, dan seng, yang akan berdampak langsung pada peningkatan kekuatan tulang. Kombinasi vitamin K dan kalsium dalam bok choy sama-sama bermanfaat karena menurunkan risiko patah tulang karena memperbaiki pengembangan matriks tulang yang seimbang.
Untuk kesihatan jantung
Sangat bermanfaat untuk jantung anda kerana sayur ini mengandungi dua mineral yang paling penting iaitu kalsium dan kalium yang boleh mengawal tahap tekanan darah dengan cekap. Jumlah natirum yang hadir dalamnya juga agar rendah yang baik untuk mengekalkan sistem kesihatan jantung.
Menjaga kesihatan kulit
Kubis ini dapat mencegah daripada beberapa mesalah kulit iaitu jerawat, perubahan warna, bintik dan lain – lain. Ciri – ciri antispetik dan anti bakteria dapat membantu dalam memerangi jangkitan kulit.
Mempunyai banyak serat
Serat adalah penting untuk pencernaan yang betul. Kubis ini mempunyai banyak serat. Apabila kita makan sayur ini, kita sudah mengambil cukup nutrien untuk kegunaan saluran pencernaan kita dengan mempercepatkan proses pencernaan dengan mengeluarkan bahan – bahan yang tidak diperlukan lagi oleh badan kita.
Mengurangkan berat badan
Kita boleh mengamalkan sayur ini, Kerana ia mengandungi nutrien yang penting, sarat dengan serat pemakanan dan rendah dengan kalori.
Vitamin A & C
Vitamin A sering diketahui membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.