Bisnes dengan Modal RM10,000

Sumber Rujukan : Abd Hakim Awang

Ramai antara kita bila ditanya memang minat memulakan perniagaan. Namun tidak ramai yang betul-betul bersedia untuk memulakan perniagaan. Ramai yang beranggapan untuk memulakan sesuatu perniagaan memerlukan modal yang sangat besar. Apatah lagi kalau perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan yang besar.

Sebenarnya untuk memulakan perniagaan tidaklah semestinya bermula dari modal yang besar. Jika dirancang dan dan perincian dilakukan kita dapat menentukan modal yang berpatutan dan mengelakkan dari membelanjakan modal terhadap benda yang tidak diperlukan.

Antara contoh yang dapat kita ambil ialah daripada perincian yang dilakukan oleh saudari Abd Hakim Awang melalui perkongsian di dalam facebooknya sepertimana yang tertera di bawah. Perincian yang dilakukan beliau sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang ingin memulakan perniagaan.

PERINCIAN RINGKAS BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES PRODUK (MAKANAN) SENDIRI DENGAN MODAL =< RM10,000

Berikut adalah cadangan bagaimana kita mahu pecahkan modal RM10,000 tersebut :
* Jika modal RM5k / RM20k / RM50k atau RM100k sekalipun, boleh guna ratio percentage seperti dibawah :

1. Premis = rumah sendiri – 0%
2. Mesin & Alatan = < RM1,000 – 10%
3. Bahan Mentah = RM2,000 – 20%
4. Pakejing = RM500 – 5%
5. Alat Pemasaran = RM1,000 – 10%
6. Iklan = RM2,500 – 25%
7. Logistik = RM600 – 6%
8. Komunikasi = RM400 – 4%
9. Utiliti = RM200 – 2%
10. Sample produk = RM300 – 3%
11. Tunai di tangan = RM1,500 – 15%
================================
JUMLAH RM10,000 100%
================================

Disclaimer :

** Kaedah ini amat sesuai jika kos bahan mentah atau (cost of good sold) setiap produk tak melebihi RM5.00

** Kaedah ini adalah cadangan berdasarkan pengalaman penulis sendiri (CEO D’Apple) dalam fasa pertama memasarkan produknya sendiri. Bukan suatu formula yang wajib diikuti..

** Game permulaan tidak sama dengan game pengembangan. Kaedah ini cadangan untuk permulaan bisnes. Tempoh cadangan – 3 bulan.
.

1. Premis
Ambil satu ruang dalam rumah untuk proses produksi. Sewa = 0.

2. Mesin & Peralatan (RM1,000)
Pada peringkat permulaan, jangan habiskan lebih dari 10% dari modal awalan untuk mesin dan peralatan. Jika boleh buat manual, buat manual dulu.

3. Bahan Mentah (RM2,000)
Produk tidak perlu banyak pada peringkat permulaan. Yang kita mahu adalah berapa kerap produk itu dapat dipusing (rolling), bukan berapa banyak produk ini ada dalam stor. Peringkat pertama, jualan mesti TUNAI. Cadangan saya stok pertama tak perlu lebih 20% dari modal awal.

4. Pakejing (RM500)
Pakejing sangat-sangat penting. Keinginan pembeli untuk membeli pada fasa pertama adalah bergantung pada pakejingnya. Cadangan saya 5% @ RM500 dari modal awalan adalah untuk PEMBANGUNAN pakejing. Dari RM500 tu, ambil sebahagian dari bajet itu untuk upah designer buat design pakejing. Jika anda tidak pandai, serahkan pada designer buat design pakejing anda. Bayar kepakaran mereka. Biasanya dalam RM300-RM400 untuk satu design.

Buat pakejing cantik-cantik namun jangan pula melibatkan kos yang terlalu tinggi, lebih tinggi dari kos produk sebenar. Jangan pula mahal tali daripada lembu.

5. Alat Pemasaran (RM1,000)
+ 2 helai t-shirt korporat RM60
+ 1 box kad bisnes RM30
+ 1 set Sales Kit (katalog & profile) RM20
+ 20 helai banting RM400
+ 1 helai banner RM150 (letak depan rumah)
+ 2,500 helai flyers RM340

6. Iklan (RM2,500)
Bab ni paling penting. Kebanyakan dari pengusaha kita pandai buat produk tapi tak pandai jual atau pasarkannya. Cadangan saya, buat iklan fb ads bajet RM30 sehari, perkenalkan produk, pilih women only dulu dan setkan hanya kawasan radius 30-40 km sekitar. Satu bulan = RM900 x 2 = RM1,800. RM30 sehari lagi set ads untuk jualan atau delivery.

* Bisnes pada peringkat permulaan ni memerlukan untuk kita buat penghantaran. Lagi rendah kos penghantaran lagi baik.

Baki RM700 iklan standby untuk fb ads jika bajet RM1,800 kurang berkesan.

Tiada iklan, tiada jualan. Sekurang-kurangnya 25% dari jumlah keseluruhan modal awal mesti pergi kepada iklan untuk pengenalan dan jualan. Tiada jualan, tiadalah perniagaan kita. Sebab tu peruntukan kepada iklan adalah yang tertinggi.

7. Logistik (RM600)
Bajet RM600 atau RM20 sehari adalah untuk tampung kos delivery dan kos marketing (hantar stok ke outlet). Untuk cover kawasan beradius 30 km, kos logistik RM20 sehari sudah mencukupi.

8. Komunikasi (RM1,000)
Kos untuk topup dan data selama sebulan RM400. Baki RM600 untuk beli hand phone second hand + satu nombor baru. Nak berbisnes, tidak digalakkan untuk campurkan no khas perniagaan dengan nombor peribadi. Banyak masalah akan timbul.

9. Utiliti (RM200)
Kos elektrik dan air untuk proses di rumah

10. Sampel Produk (RM300)
Sediakan bajet 3% untuk free sample kepada prospek yang punya peluang tinggi untuk jadi pelanggan tetap kita.

11. Tunai di tangan (RM1,500)
15% stand by tunai untuk kegunaan tak terjangka.

—————————————–

Bagaimana nak laksanakannya?
(Tempoh cadangan : 3 bulan)

1. Siapkan produk dengan pakejing yang menarik. Ambil gambar pelbagai sudut dengan hasil yang menarik dan menggiurkan. Jangan lupa buat Facebook Page khas untuk produk.

2. Siapkan produk dalam jumlah minima. Contoh, prepare stok dalam 150 – 200 unit (untuk consignment). Yang lain jual secara tunai.

3. Cari 10 outlet paling berpotensi. Letak produk secara consignment. Tinggalkan kad bisnes, flyer dan banting di 10 outlet tersebut. (Jika mampu jual secara tunai, lebih baik jualnya secara tunai.. saya cadangkan ‘consignment’ atas sebab ;

i. Produk baru dan

ii. Memudahkan produk tembusi outlet berkualiti jika letak dulu, bayar kemudian. Pada fasa ini, kita lebih memerlukan mereka (outlet) dari mereka memerlukan kita.

4. Cetak list nama 10 outlet tersebut pada kertas A5 (jimat sikit) dan fotostat (bersama info produk). Edar kepada pelanggan dalam radius 10km dari sekitar outlet.

5. Guna gambar produk yang seksi tadi dan iklan dalam facebook. Satu iklan untuk jualan dan satu iklan untuk perkenalkan list outlet yang kita letak produk secara consignment tadi. Buat fb ads.

6. Viral kan dalam wassap group juga.

7. Tengok pergerakan dan sambutan pelanggan di outlet dan facebook. Jual dengan harga paling seksi dan menarik. Fasa ni kita nak tahu feedback pelanggan berkenaan produk kita. Feedback pelanggan sangat mahal nilainya. ‘Survival’ kita bergantung kepadanya.

8. Jika ada feedback yang mewakili 50% dan ke atas (pelanggan yang telah mencuba produk kita) meminta melakukan perubahan pada produk, maka berusahalah untuk perbaikinya. Jangan syok sendiri..

9. Selepas kritikan berkurangan dan ‘repeat order’ semakin banyak, waktu inilah baru kita boleh bersedia untuk membuat ‘production’ lebih sedikit namun masih mengikut kapasiti atau keupayaan semasa.

10. Jangan terburu-buru untuk terus buat secara besar-besaran. Bermula dengan test market dulu. Tunggu hingga 70% pelanggan boleh terima produk kita dahulu

11. Buat produk delivery. COD atau kurier. <- ini cash

12. Perkenalkan, perkenalkan, perkenalkan 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun.

13. Kekalkan aliran tunai dengan jualan secara cash. Target untuk dapatkan balik modal RM1,000 yang kita peruntukkan untuk peralatan.

14. Kira overhead bulanan. Kira berapa kos operasi bulanan. Kira titik pulang modal berapa. Kira berapa jualan minima untuk cover kos overhead. Sasarkan jualan sekurang-kurangnya untuk capai titik pulang modal (break even point). Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa jualan. Untung sikit tak apa tapi jangan tak ada jualan atau untung langsung. Paksa diri untuk buat jualan setiap hari ‘no matter what’

i . Berupaya mengenalpasti dan menyenaraikan berapa (RM) jumlah perbelanjaan / overhead tetap syarikat kita sebulan. Contoh overhead sebulan = RM5,000

ii. Wajib mengetahui berapa profit margin produk kita. katakan profit margin kita adalah 50%

Profit margin / margin keuntungan
= Harga jual – harga kos / Harga jual

Contoh :

Harga jual pizza = RM20.00
Harga kos pizza = RM10.00
.
Jadi, Profit margin pizza :

= RM20 – RM10 / RM20
= 50% @ 0.5

iii. Mesti mengetahui berapa titik pulang modal (break event point). Berapa jumlah jualan yang diperlukan untuk capai titik pulang modal. Dengan kata lain, berapa jualan yang diperlukan untuk menjadikan bisnes kita tak rugi dan tak untung.

Bila kita tahu berapa overhead sebulan, berapa profit margin produk kita, maka kita boleh mengetahu berapa titik pulang modal kita seperti contoh di bawah :

Formula titik pulang modal
= Jumlah perbelanjaan / profit margin

= 5,000 / 50%

= 5,000 / 0.5
= RM 10,000
.
Ini bermakna, anda perlukan jualan sebanyak RM10,000.00 sebulan untuk mencapai titik pulangan modal (tak untung dan juga tak rugi) iaitu jualan yang berupaya untuk menampung perbelanjaan atau overhead tetap anda sebulan bagi produk yang profit marginnya 50%. Ia juga bersamaan dengan RM333.33 sehari.

+ Jika purata jualan harian anda tidak sampai kepada RM333.33 sehari, maka perniagaan anda adalah dalam mode ‘rugi’

+ Dan jika anda dapat hasilkan purata jualan bersamaan dengan RM333.33 sehari, maka perniagaan anda tak untung dan tak rugi.

+ Dan jika purata jualan harian anda melebihi RM333.33 sehari, maka perniagaan anda dalam mode untung.
.

Sebelum anda berfikir dan berharap anda berupaya untuk menjadikan syarikat yang baru anda tubuhkan ini mendapatkan untung, saya cadangkan, belajar dahulu biar ia berupaya mencapai titik pulang modal. Jika perniagaan syarikat berupaya bertahan sehingga 3-6 bulan dalam mode tak untung dan tak rugi, ini sudah boleh dikatakan satu kejayaan besar.

15. Jika dalam masa 6 bulan kita mampu bertahan dengan tidak rugi, ia masih satu pencapaian yang agak besar.

16. Mungkin dalam masa 6 bulan kita masih belum mampu menyimpan sebarang keuntungan namun apa yang kita dapat??
1. Pelanggan tahu apa kita buat dan apa yang kita jual
2. Pelanggan tahu jenama kita
3. Pelanggan tahu kaedah jualan kita
4. Pelanggan tahu dimana nak dapatkan produk kita
5. Pelanggan tahu manfaat produk kita.
6. Kita dapat satu bisnes yang ada potensi untuk berkembang.

17. Bisnes ni tuan puan.. rugi tu pasti, untungnya belum tentu lagi. Tapi jika kita faham bahawa ia memerlukan masa dan ilmu, untung akan datang jua selepas satu masa yang ditetapkan..

InshaAllah..

Satu komen untuk “Bisnes dengan Modal RM10,000”

  1. Suhaimi Abd Fattah says:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat