5 Punca Yang Menyebabkan 'Mata Panda' Di Wajah Anda – Daily Rakyat

5 Punca Yang Menyebabkan ‘Mata Panda’ Di Wajah Anda


Lingkaran gelap di bawah mata yang biasa juga disebut mata panda/eyebag yang boleh membuat wajah nampak kusam dan penat. Mata panda boleh ditutup atau boleh disamarkan dengan makeup seperti foundation ataupun concealer.

Namun untuk mata panda yang bersifat tidak permanen, boleh dihilangkan atau sedikit dipudarkan dengan cara gaya hidup yang sihat. Ketahui faktor penyebab timbulnya mata panda dan cara untuk mengatasinya.

FAKTOR MUNCULNYA MATA PANDA/EYEBAG.

  1.  KETURUNAN

Faktor keturunan adalah salah satu penyebab utama kenapa timbulnya lingkaran gelap dibawah mata. Jika ibu bapa dan atuk nenek memiliki mata panda maka besar kemungkinan anda mendapatkannya dari keturunan terdahulu.

Dermatologist Dr Sonia Batra menjelaskan, “Kulit yang lebih gelap atau lebih berwarna zaitun, seperti yang berasal dari Mediterania atau Timur Tengah, dapat memiliki tingkat pigmen lebih tinggi di bawah mata yang mengakibatkan perubahan warna menjadi gelap”

Mata panda yang disebabkan faktor keturunan memang sulit dihilangkan. Untuk mengelakkan ia bertambah hitam, anda boleh memakai krim mata yang mengandungi kafein dan menjalani gaya hidup yang sihat, sebagai contoh mempunyai masa tidur yang mencukupi.

  1. MASA TIDUR YANG TIDAK MENENTU

Masa tidur yang tidak menentu dan tidak sesuai juga adalah salah satu sebab munculnya kawasan gelap pada mata. Terlalu banyak tidur juga dapat menimbulkan mata panda. Tidak hanya perkara tesebut, posisi tidur yang salah pun dapat menimbulkan mata panda, seperti tidur dengan posisi meniarap yang menekan bahagian perut dan wajah.

  1. ALAHAN (ALLERGIC)

Alahan yang timbul pada mata dapat membuat lingkaran pada mata menjadi lebih gelap. Seperti alahan pada rumput. Hal ini membuat pembuluh darah di sekitar mata tersumbat dan menyebabkan warna kebiruan ataupun bengkak. Jika mengalami hal ini anda harus mengubatinya dengan ubat yang dijual di klinik ataupun hospital ataupun menggunakan pelembab. Karena palembab dapat mengurangkan pembuluh darah yang bengkak.

  1. GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT

Walaupun mata ditutupi dengan menggunakan foundation ataupun concealer, namun jika memiliki mata asli  yang tanpa lingkaran gelap dibawahnya tentu jauh lebih baik. Untuk itu gaya hidup sihat diperlukan, seperti minum air putih minimal lapan gelas setiap hari, bersenam dan juga banyak mengonsum makanan yang mengandungi vitamin K. Selain itu, hindari daripada merokok dan dapatkan tidur yang cukup iaitu minimum tujuh jam sehari.

  1. MENCUCI MUKA BERLEBIHAN

Mencuci muka berlebihan juga boleh menyebabkan timbulnya mata panda. Lebih lebih lagi jika anda menggosok mata dengan terlalu kuat untuk mencuci makeup di bahagian mata. Gerakan kasar dikawasan bawah mata yang kulitnya nipis dapat merosakkan pembuluh darah halus sekitar mata. Gunakan produk yang boleh mencuci makeup secara menyeluruh dengan sekali sapuan sehingga anda tidak perlu menggosoknya berulang kali.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat