Mudah & Cepat Marah? Ini Dia 5 Tips Untuk kurangkan Kemarahan Dan Panas Baran


Sebagai manusia yang normal, perasaan kita sering kali bercampur baur. Ada rasa sedih, kecewa dan marah. Namun apa yang menjadi masalah adalah kita terlampau marah dan kadang kala tidak dapat mengawal diri.

Sehinggakan sampai satu tahap, kita tidak sedar apa yang dilakukan. Lihat sahaja hari ini, berapa ramai yang hilang kesedaran diri dan melukai orang lain gara-gara rasa amarah yang sukar dikawal. Bahkan lebih teruk lagi ada yang sampai membunuh.

Seperti mana kisah viral baru-baru ini yang melibatkan pembunuhan adik. Walhal kakak dan adik tersebut mempunyai hubungan yang baik selama ini namun disebabkan kemarahan yang sukar dikawal akhirnya si kakak bertindak di luar kawalan.

Sebagai seorang kakak, dia langsung tiada niat untuk membunuh darah daging sendiri. Namun itulah, apabila kemarahan sudah menguasai diri. Nak tahu cara kurangkan kemarahan dan hilangkan panas baran? Jom ikuti tips di bawah ini.

Mudah & Cepat Marah? Ini Dia 5 Tips Untuk kurangkan Kemarahan Dan Panas Baran

1. Berfikir Sebelum Bercakap

Ketika diri dalam keadaan marah, cuba berfikir secara rasional terlebih dahulu sebelum memulakan bicara. Apabila dalam keadaan marah, seseorang boleh mengeluarkan kata-kata ataupun perkataan yang menyinggung perasaan.

Jadi adalah lebih baik berfikir sejenak kerana kemungkinan kita akan menyesal selepas mengeluarkan kata-kata dalam keadaan marah.

2. Kawal Diri, Bertenang dan Lepaskan Baru Kemarahan

Apabila kalian berada di situasi yang menegangkan saat marah, cuba kawal emosi. Apabila emosi sudah stabil dan dapat berfikir secara rasional, cuba nyatakan kekecewaan dan kemarahan yang dirasai dalam keadaan tegas.

Nyatakan dengan jelas dan secara langsung tanpa menyakitkan orang lain ataupun cuba untuk mengawal mereka.

3. Cuba Beri Masa untuk Diri Sendiri & Tarik Nafas

Apabila berhadapan dalam situasi marah, cuba mengira dari 1 hingga 10. Walaupun mengira nombor ini seperti kanak-kanak namun ia merupakan salah satu cara untuk memberi ketenangan ketika berada dalam situasi marah.

Kemudian tarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat dalam kiraan 10. Selain itu, ambil masa untuk berehat dari bertemu orang dan situasi sehingga kekecewaan kalian reda.

4. Kenal Pasti Jalan Penyelesaian

Daripada terlalu melayan perasaan dan segala benda yang boleh membuatkan korang bertambah marah, adalah lebih baik jika kalian ingatkan diri bahawa kemarahan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Ingatkan diri bahawa situasi sebegitu hanya akan boleh mengeruhkan keadaan. Cubalah cari jalan penyelesaian untuk menyurutkan kemarahan kalian.

5. Berdoa Ketika Marah

Sebagai orang yang beragam Islam, cubalah kalian berdoa setiap kali kemarahan menguasai diri. Tidak dinafikan, berdoa merupakan salah satu langkah yang berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah.

Amalkan dua doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW di bawah ini:

Semoga dengan perkongsian tips kawal kemarahan di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian semua. Jangan sampai emosi yang mengawal diri. Semoga mereka yang berada di situasi sebegini dapat mengawal diri dan emosi dengan baik.

Kredit: Sirap Limau

Baca juga: Siti Afifah Sekali Lagi Timbulkan Kontroversi, Dakwa Minum Susu Punca Jangkitan Kutu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat