Kejam, Bayi Hilang Dijumpai dalam Peti Ais!

Sumber Rujukan : sinar harian

Bayi lelaki yang berusia lima bulan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil lelaki yang menyamar sebagai bapanya, telah ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Adam Rayqal Mohd Sufi dijumpai kira – kira jam 11 malam ditemui disorokkan  dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh anggota Bahagia Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian yang dibalut dengan kain lampin dan disumbat dalam beg yang bewarna hijau.

Mayat adik Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya. Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum menunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.

Menurut Ali (Ketua Polis Daerah Gombak), dua suspek telah ditahan iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumah yang berusia 36 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya.

Sebelum ini, bapa bayi itu, Mohd Sufi 28, telah memuat naik gambar Adam Rayqal di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat