Beza Manifesto 2 Calon Presiden FAM – TMJ vs TSAM

Sumber Rujukan : Ahmad Muzammil

1-2 hari kebelakangan ini adalah hari yang menarik bagi peminat bola sepak tempatan. Sehari selepas TMJ mengadakan pertemuan dengan sebilangan daripada mereka di Grand Hyatt, TSAM pula mengeluarkan idea kasar manifestonya.

Terdapat perbezaan corak pemikiran dua calon ini menerusi perbandingan manifesto mereka.

1. Spesifik vs holistik

TMJ pun masih figure out manifestonya sendiri. Baginda dah ada specific core issues yang nak diselesaikannya. Iaitu memperbetulkan FAM.

Maka tak hairanlah baginda menyebut tentang:
– penggubalan perlembagaan FAM
– pengkhususan tugas exco FAM
– pemberian kuasa kepada penyokong dalam FAM
– konsistensi dalam jawatankuasa status & disiplin FAM
– gesaan supaya FA negeri buat kerja sepatutnya

Tapi pada masa yang sama, baginda tak nak miss out a few important things. Seperti bola sepak pantai, futsal, bola sepak wanita dan bola sepak untuk OKU. Disebabkan itulah mungkin baginda buat perjumpaan tersebut.

TSAM juga sudah ada idea kasar manifestonya.

Jika TMJ lebih obses kepada misi memperbetulkan FAM, manifesto TSAM pula lebih holistik. Sesuatu yang memang anda jangka dari seorang ahli politik yang berpengalaman.

Jika kuasa memilih presiden diberi kepada penyokong, TMJ akan menang mudah. Bukan sebab rekod baginda di JDT. Sebaliknya kerana asas manifestonya yang spesifik kepada concern utama penyokong – FAM.

Tetapi kuasa memilih presiden terletak kepada ahli gabungan FAM. Dari perspektif mereka, manifesto TSAM jauh lebih menarik kerana tak directly antagonize mereka.

2. Youth development: Independent vs Government

Nak berjaya dalam bola sepak ni mudah je sebenarnya. Pastikan youth development negara anda kukuh, inklusif dan well-funded. Tadaa! Negara anda akan lahirkan pemain yang banggakan negara anda.

Hipotesis : sekorup mana pun persatuan bola sepak negara anda, jika youth development anda bagus, bola sepak negara anda tetap akan jadi bagus.

Contohnya Korea Selatan, Brazil, Argentina dan negara-negara CONMEBOL yang lain. Persatuan bola sepak negara mereka korup. Tapi disebabkan youth development structure mereka kukuh, inklusif dan well-funded, bola sepak mereka tetap hasilkan pemain yang bagus.

Dalam isu ni, TMJ mahukan FA negeri tumpu buat akademi dan anjurkan grassroot-level competitions.

Tapi TSAM mahu kerja ni jadi kerja kerajaan. Bermakna jadi kerja NFDP (dibawah KBS) lah.

Memandangkan TMJ nak bagi ahli gabungan FAM ni extra work (manakala TSAM pula ringankan kerja mereka), manifesto TSAM jauh lebih menarik kepada mereka.

3. Elevating our league: empowering teams

Dalam aspek ini, kedua-dua calon mengambil pendekatan hampir serupa iaitu memperkasakan pasukan berbanding FAM.

Kedua-dua calon jelas tak bersetuju dengan logik FAM yang perlu mendapat share hak penyiaran kerana liga merupakan ‘harta FAM’. Mereka mahukan 40% share FAM diserah kepada pasukan.

Kemudian ketika TMJ mahu memperbaiki standard kepengadilan dalam liga, TSAM pula lebih berminat mewujudkan amalan ‘Financial Fair Play’.

Ia satu cadangan yang ironik kerana datangnya dari bekas presiden KAFA yang jelas tak mengamalkan amalan financial fair play. Tapi difahami. Kerana niat utamanya adalah untuk mengelak JDT ‘mencuri’ pemain.

Dapat dikatakan semua ahli gabungan berbelah bahagi antara TMJ dan TSAM dalam aspek ini. Kedua-dua calon mempunyai manifesto yang sangat menarik.

4. Community football

Satu isu yang langsung tak disentuh oleh mana-mana peserta atau TMJ sendiri semalam adalah topik community football. Atau dalam bahasa mudahnya: apa perancangan TMJ untuk mewujudkan/memperkasakan struktur bola sepak semi-pro/amatur?

TSAM ada menyentuh tentang topik ini dalam manifesto beliau.

Di negara-negara yang bola sepaknya maju, bola sepak amatur/semi-pro mempunyai 3-4 divisyen. Ia berfungsi sebagai platform kepada pemain ‘late developer’ – yang mungkin dianggap tak bagus oleh akademi kelab profesional – untuk terus bermain.

Late developer seperti Jamie Vardy, Dirk Kuyt, Steve Finnan, Ian Wright, Laurent Depoitre, Charlie Austin dan Vinnie Jones merupakan antara pemain pro yang mendapat manfaat daripada kewujudan sistem liga semi-pro/amatur.

Tapi di Malaysia, kita hanya ada 1 liga semi-pro/amatur yang diktiraf dalam piramid bola sepak kita. Iaitu Piala FAM.

LBR pula diasingkan (segregated) dari sistem. Nama sahaja liga, tapi buat format pertandingan.
 TMJ mungkin calon popular di kalangan peminat bola sepak tempatan. Tetapi perlu diingat, yang akan mengundi nanti adalah ahli gabungan FAM.

Dan berdasarkan manifesto kasar kedua-dua calon dan perspektif ahli gabungan FAM, TSAM nampak lebih menarik berbanding TMJ.

Tak hairanlah TMJ cakap persaingan baginda dengan TSAM adalah ‘masih 50-50’.

Malah jika diteliti post JST yang lepas, baginda mengaku TSAM adalah calon yang jauh lebih menarik di mata ahli gabungan FAM berbanding baginda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat