Industri Penerbangan Komited Mengurangkan Pelepasan Karbon
Pengurangan 40 peratus untuk karbon bagi industri penerbangan terus diusahakan untuk persediaan menghadapi tahun 2020.
Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata; Menteri Pengangkutan berkata, sebanyak 30 peratus dianggarkan karbon dari industri penerbangan yang berkembang pesat pada masa kini menjadi penyumbang kepada penghasilan karbon di dunia.Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terlibat agar berkerjasama mewujudkan industri penerbangan yang lebih mapan dengan penggunaan teknologi baharu pada masa depan.
“Industri penerbangan bukan sahaja berkaitan soal keselamatan tetapi kini juga dikaitan dengan isu alam sekitar. Usaha untuk mengekalkan alam sekitar dalam industri penerbangan kini sudah menjadi kemestian dan bukannya pilihan.”
“Permintaan terhadap pergerakan udara dan industri penerbangan yang meningkat di seluruh dunia sudah pasti akan memberi kesan terhadap alam sekitar,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Ucaptama Sidang Kemuncak ASEAN : Penerbangan Global Hijau dan Mapan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA’ 17).
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Alam Sekitar Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Jane Hupe.
Dalam majlis itu, pelbagai pihak berkepentingan termasuk menteri-menteri pengangkutan ASEAN, pemain industri dan lapangan terbang hadir untuk menentukan landskap terbaik sektor penerbangan pada masa akan datang.