Sembilan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan


Matang dalam kehidupan bukan sahaja diukur melalui peringkat umur sahaja. Mereka yang lebih berumur yang “lebih makan garam” tidak menjamin dan menunjukkan bahawa mereka benar-benar matang. Kematangan boleh dinilai melalui daya pemikiran dan tindakan seseorang individu itu.

Sembilan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan.

  1. Kita akan mula berhenti untuk menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri ke arah lebih baik.
  2. Kita boleh menerima pendapat orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub kepada pendapat kita sahaja.
  3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan tidak meyimpan dalam hati.
  4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
  5. Kita melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.
  6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
  7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Menjauhi sikap iri hati, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
  8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak.
  9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”.

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Imej dari: zayan.my

Kongsikan bersama dengan semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat