Polis Gatal Dikenakan Tindakan
Baru-baru ini viral tentang video sekumpulan polis di Johor yang sedang menari bersama pemilik pusat judi yang tersebar di media sosial. 7 orang anggota polis yang terlibat dalam video yang di rakam di kelab malam di Muar itu telah dipindahkan ke unit lain.
Belum reda isu itu, tersebar pula sekeping gambar anggota polis bersama seorang perempuan yang berpakaian seksi.
Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menyatakan yang anggota polis yang dikenalpasti di dalam gambar itu telah di buang unit dengan serta-merta.
“Walau bagaimanapun, siasatan masih di jalankan,” kata beliau ketika di hubungi Isnin lepas.
Gambar anggota polis yang sedang bermesra dengan dengan gadis yang dipercayai sebagai pelacur itu telah tular di laman Facebook.
Polis juga manusia biasa, tidak lepas dari melakukan kesilapan. Jangan pula di sebabkan oleh segelintir anggota polis yang mempunyai masalah disiplin hilang rasa hormat kita pada polis yang sanggup mengadai nyawa demi menjaga keselamatan negara ini.