Tips Untuk Menghadapi Sesi Temuduga


Sudah menjadi kebiasaan didalam hidup seseorang untuk menghadapi sesi temuduga. Tidak kiralah temuduga kerja ataupun temuduga untuk mendapatkan biasiswa. Ianya tetap sesi temuduga yang harus ditempuh untuk membuktikan kita layak atau tidak.

Sebelum sesi temuduga, anda sudah menghantar resume untuk meyakinkan pihak syarikat bahawasanya anda memang layak untuk posisi yang diminta. Jika anda dipanggil untuk temuduga bermakna anda adalah antara orang yang berjaya meyakinkan pihak syarikat memalui segala maklumat yang ada didalam resume.

Semasa sesi temuduga, anda harus menunjukkan keyakinan bahawasanya andalah calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada. Sesi temuduga ibarat medan tempur untuk anda membuktikan apa yang ada di dalam resume sama seperti kebolehan diri anda yang sebenar. Saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengahadapi sesi temuduga.

1.Ambil Tahu Tentang Jawatan Dan Syarikat

Perkara yang paling penting sebelum menghadapi sesi temuduga ialah ‘study’ dahulu berkenaan dengan jawatan dan syarikat yang dipohon. Apa skop pekerjaan jawatan yang dipohon, apa misi dan visi syarikat tersebut, siapa bosnya dan banyak lagi.

Anda mungkin fikir ini benda yang simple dan remeh tetapi ianya mampu membantu anda untuk meyakinkan pihak syarikat supaya mengambil anda untuk mengisi jawatan yang dipohon.Perkara ini penting kerana pihak syarikat akan merasakan anda bersungguh-sungguh untuk bekerja dengan mereka.

2.Resume

Anda sepatutnya menyediakan ‘custom resume’ ataupun resume yang khas hanya untuk syarikat yang dipohon. Ini untuk menunjukkan nilai yang ada pada diri anda sesuai untuk jawatan yang ada di syarikat tersebut.Tonjolkan kebolehan anda didalam resume dan pastikan setiap apa yang ditulis didalamnya akan memberi faedah kepada pihak syarikat.

Anda harus menyediakan dua atau tiga salinan resume sebegini. Kita tidak tahu berapa ramai panel yang akan ada di hadapan kita semasa sesi temuduga. Bagi setiap panel satu resume sebagai langkah untuk menunjukkan yang kita memang berminat dengan jawatan yang ditawarkan.

3.Susun Atur Sijil Dengan Betul

Disamping resume, sijil-sijil yang kita ada juga penting untuk meyakinkan pihak penemuduga. Cara susun sijil haruslah betul. Perlu utamakan mana yang utama mengikut turutan yang sebetulnya. Jangan pergi ke sesi temuduga dengan sijil yang berterabur kerana orang akan beranggapan anda seorang yang tidak kemas.

Sebagai contohnya, susun sijil ikut turutan berikut:sijil ijazah sarjana muda,sijil transkripsi peperiksaan,sijil anugerah dekan,Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan lain-lain.

4. Bawa Fail Atau Beg

Untuk menunjukkan lebih keyakinan anda perlulah membawa beg atau fail. Nampaklah lebih bergaya dan ready untuk ditemuduga. Jangan membawa sijil-sijil dan resume dengan tangan kosong saje. Nampak macam tak ready jee. Bawak beg atau fail yang mudah untuk anda keluarkan sijil dan resume anda. Barulah anda tak gelabah untuk bawa keluar semua benda tu.

5.Bawa Buku Nota Dan Pen

Semasa sesi temuduga berlangsung, mungkin ada point-point penting yang disampaikan oleh panel. Takkan anda mahu mendengar saje. Keluarkan pen dan catatlah di buku nota. Nampaklah keperibadian kita ni seorang yang menitik beratkan segala hal walaupun benda itu kecil.

Ada juga kadang-kadang panel suruh mengisi ape ape borang. Menggelabah kita kalau takde pen. Baik sediakan awal-awal. Baru tak kalut masa sesi temuduga. Orang yang selalu memegang pen juga dikatakan seorang yang sering berfikir. Pasti panel-panel dapat menilai anda seorang yang berfikiran kreatif dan inovatif.

6.Penampilan Diri Haruslah Kemas

Benda pertama yang panel akan lihat ialah penampilan diri kita. First impression panel tentang diri anda amat penting. Cuba pakai pakaian yang menampakkan kecerian pada penampilan anda. Pilihan warna baju haruslah tepat.

Rambut perlulah rapi dan pakailah sedikit bau-bauan untuk menyerlahkan kewangian pada pakaian anda.Jangan lupa untuk sentiasa senyum. Sorokkan kegemuruhan anda dengan senyuman. Jangan menunjukkan muka yang berkerut. Panel pun tiada mood jika anda tidak menunjukkan muka yang elok.

Saya harap tip-tip ni dapat membantu adik-adik yang akan menghadapi sesi temuduga. Yang penting be cool dan jangan gelabah. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat