Ada Apa Dengan Ijazah??

Sumber Rujukan : IIUM Confession

Artikel ini dipetik daripada posting Naim di facebook IIUM Confessions yang ingin meluahkan kekecewaannya terhadap sikap sesetengah atau segelintir masyarakat yang memandang rendah terhadap pengorbanan anak muda yang mengejar ilmu pengetahuan di menara gading demi segulung Ijazah. Ilmu vs pengalaman bekerja..mana lagi penting??

Saya merupakan graduan dalam degree in sains. Dah setahun graduate dan sedang bekerja dalam sebuah company swasta sebagai production assistant. Apa yang saya nak highlight, ” Ada apa pada degree?” Bak kata kawan sekerja saya, “sejauh mana kau belajar, kerja kau tetap sama dengan orang level SPM, STPM, Poli, Diploma etc. Degree kau walaupun first class, itu bukan alasan boss nak pandang kau. Kalau kau fresh graduate, lagi la majikan pandang kau sebelah mata. So siapa yang lagi best? Orang yang pendidikan bawah dari kau dan mempunyai pengalaman banyak dari kau. Sementara kau sibuk habiskan 3 tahun belajar, 3 tahun dia dah ada pengalaman. ”

Sebelum orang bash kawan saya tu, just nak korang tahu yang dia pun lepasan diploma yang sama jawatan dengan saya. Apa yang menyebabkan dia berkata sedemikian, bila manager kami yang pendidikan taraf SPM tapi pengalaman dalam kerja selama 11 tahun, memperlekehkan pendidikan kami. Boleh terbayang lagi bila dia cakap ” tak guna korang belajar degree tapi kerja macam kuli. End up aku yang taraf SPM ni jadi boss korang. Korang yang konon pandai ni kena jugak dengar cakap aku. Gaji pun takat 2k.” Serious kami terkilan. Rasa macam tak berguna..rasa macam 3-4 tahun study penuh sia2. Bukan seorang tapi pekerja2 office atas pun selalu perlekehkan pekerja lain yang educated. ” Ada diploma tapi bodoh”, “belajar tinggi2 tapi tak reti buat kerja”, “ada degree gaji sama macam kuli kilang” dan lain2. Ayat2 macam tu dah biasa kami dengar.

Tapi saya sedar, saya belajar bukan kerana nak kerja gaji besar, pijak orang bawahan, hidup mewah. Belajar niat benar2 kerana Allah dan saya suka belajar dari kerja. Bukan nak sedapkan hati tapi tak guna kalau belajar kerana paksa, tak guna belajar kalau ada niat bukan2. Mungkin Allah bagi rezeki saya dekat sini, saya redha. Ada hikmah sebalik semua. Kadang-kadang ada juga terasa diri tak berguna sebab member lain kerja company yang sangat menghargai pekerja-pekerja yang educated dan mengalakkan fresh graduate pergi training and be part of the team. Apa orang expect kami sebagai graduan nak kerja? Terus grad jadi boss? Manager? Mula dari bawah kena hina, kalau terus jump keatas..experience takde. Kena bash juga in the end.

So in the end, bagi yang mengalami sama situasi dengan saya. Just keep calm and don’t let them ruin your inner peace. Saya pun ambik masa nak gain balik confident yang hilang. Luahkan rasa kecewa dekat mak ayah..share dengan kawan2 family. They will support you. Bukan orang dekat tempat kerja matters to you pun. Apa2 pun guys, saya hope orang macam ni..one day bila ada anak, they will come to sense yang education bukan setakat able to get high-paid job . Hope later anak dorang tak turn up macam golongan saya/kita.

Universiti tempat membangunkan diri, sahsiah, pemikiran, intelek, kemahiran dan potensi diri. Bagi yg betul-betul memanfaatkan tempohnya di institut pengajian tinggi, kita boleh lihat pemikirannya matang, pandangannya luas, akalnya terbuka, akhlaknya baik, dan visinya jauh. Tanpa platform sedemikian, maka wujudlah golongan berfikiran cetek, pandangannya sempit, mulutnya cabul, hatinya katup. Bukan semua. Jadi, dalam kes ini, nilailah sendiri anda di mana, orang atasan anda pula di mana. Bersangka baiklah terhadapnya, mungkin dulu dia dihina, sekarang peluang dia untuk meluahkan dendamnya.”

sumber: naim-IIUM Confessions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat