Kenali Kecederaan Ligamen Lutut


Ligamen

Kebiasaannya, kecederaan ligamen lutut disebabkan oleh kerana kita lasak dalam aktiviti sukan atau kemalangan jalan raya. Atlet sudah pastinya, kerana mungkin mereka membuat lompatan dan mendarat dengan menggunakan lutut ataupun diterjah oleh pemain lain. Keadaan ini umpama kita memberi bebanan badan 100% ke atas lutut kita, dan ini menyebabkan lutut tercedera tetapi yang sebenarnya sakit adalah kerana ligamen sudah pun terkoyak atau cedera.

Keadaan kesakitan akan datang dan pergi atau berkurangan atau semakin rasa kesakitannya pada sesuatu masa yang tidak menentu. Rawatan adalah tindakan yang paling terbaik untuk anda perlu ikhtiarkan.

Terdapat 4 ligamen di lutut yang mungkin terdedah kepada kecederaan:

Ligamen

 

  • Anterior Cruciate Ligament   (ACL) adalah ligamen lutut yang paling mudah cedera . Ia menghubungkan tulang paha ke tulang shin/ tibia.

Ligamen

 

  • Posterior Cruciate Ligament (PCL) juga menghubungkan tulang paha ke tulang shin di lutut. (Ia jarang cedera kecuali dalam kemalangan kereta atau suatu hentakan kuat).

 

  • Lateral Colleteral Ligament (LCL) menghubungkan tulang paha ke fibula, tulang yang lebih kecil pada kaki bawah di bahagian luar lutut.

 

  • Ligament Collateral Medial (MCL) menghubungkan tulang paha ke tulang shin di bahagian dalam lutut.

 

Tanda-tanda Kecederaan Ligament Lutut 

Anda mungkin akan merasainya Seperti:

  • Sakit, selalunya secara tiba-tiba dan sakit yang teruk
  • Bunyi Pop atau snap kuat semasa kecederaan
  • Bengkak dalam 24 jam pertama selepas kecederaan
  • Rasa kelonggaran di sendi
  • Ketidakupayaan untuk meletakkan berat pada
    sendi tanpa rasa sakit, atau apa-apa bebanan  sama sekali

Kecederaan ini memerlukan perhatian perubatan. Di antara struktur-struktur lagimen ACL merupakan merupakan ligamen yang paling kerap tercedera semasa bersukan dan menjadi sebab utama pesakit-pesakit mendapatkan rawatan. Ia 3 kali ganda lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki. Ia dikaitkan dengan perbezaan dari segi anatomi dan kekuatan otot berbanding lelaki. Dalam sesetengah kes, seperti ACL, anda mungkin memerlukan pembedahan supaya lutut anda stabil dan tidak terkeluar apabila anda berpusing atau berputar.

Diagnosis

Doktor akan memberi kitaujian fizikal . Jika lutut dalam keadaan sangat tegang dan bengkak dan lebam atau berdarah didalam. Doktor mungkin menggunakan jarum untuk mengalirkannya keluar. Dan akan di X-ray untuk memastikan  tidak terdapat tulang yang patah, serta MRI untuk memeriksa sebarang kecederaan ligamen.

Ada Beberapa Prinsip Yang Doktor Akan Lakukan Semasa Pemeriksaan :

LOOK – Doktor akan melihat kebengkakkan sendi sekiranya ada, keadaan otot peha pesakit sama ada mengecil (atrophy) atau tidak serta luka atau parut sekiranya ada.

FEEL – Doktor akan memeriksa sekiranya terdapat sebarang kesakitan pada ligamen dan meniscus pesakit. Ia melibatkan doktor menekan pada kedudukan ligamen-ligamen ini serta garisan sendi lutut (knee joint line).

MOVE – Doktor akan memeriksa julat pergerakkan sendi lutut pesakit sama ada terbatas atau tidak. Pergerakan yang penuh adalah amat penting bagi memastikan hasil rawatan yang optimum.

SPECIAL TEST – Ada 3 pemeriksaan khusus yang biasanya akan dilakukan iaitu Anterior Drawer Test, Lachman Test dan Pivot shift test. Pemeriksaan ini adalah bagi memastikan integriti ACL pesakit.

Rawatan

Kecederaan yang ringan dan sederhana boleh berkurangan atau sembuh dengan sendiri bila tiba masanya. Cara untuk mempercepatkan penyembuhan, anda boleh melakukan perkara berikut :

  • Rehat lutut – elakkan meletakkan bebanan badan pada lutut anda jika sakit. Anda mungkin perlu menggunakan tongkat untuk waktu seketika.
  • Letakkan lutut anda selama 20 hingga 30 minit setiap 3 hingga 4 jam untuk mengurangkan kesakitan dan pembengkakan. Sentiasa lakukannya selama 2 hingga 3 hari, atau sehingga bengkak hilang.
  • Tekan lutut anda -letakkan pembalut, tali, atau pembalut berelastik pada lutut anda untuk mengawal bengkak (tujuan untuk memberi tekanan apda kawasan yang bengkak)
  • Naikkan lutut anda – letak bantal semasa duduk atau berbaring.
  • Pakai pendakap lutut – untuk menstabilkan lutut dan melindunginya dari kecederaan selanjutnya.
  • Mengamalkan senaman regangan dengan kerap – jika doktor anda mencadangkannya. Jangan sekali-kali meregangkan sehingga ia menyakitkan. Kaedah urutan juga sangat dapat membantu.

Pembedahan atau Tanpa Pembedahan

Untuk perkara ini hanya doktor yang dapat pastikan samaada anda memerlukan pembedahan atau tidak. Kebiasaanya kecederaan yang melibatkan LCL & MCL tidak memerlukan pada pembedahan. Walau bagaimanapun, kecederaan yang melibatkan ACL & PCL yang benar-benar koyak atau terbentang di luar hadnya, satu-satunya pilihan adalah pembedahan lutut rekonstruktif.

Dalam prosedur ini, doktor pakar bedah akan mengambil tendon dari bahagian lain kaki anda atau dari mayat untuk menggantikan ligamen yang koyak. Pembinaan semula ligamen untuk kecederaan ACL atau PCL adalah rumit. Ia bukan satu pilihan yang tepat bagi semua orang. Seseorang yang mengalami kesakitan lutut atau ketidakstabilan yang teruk boleh memilih untuk menjalani pembinaan semula ligamen. Begitu juga seorang atlet yang ingin mendapatkan kembali tahap prestasinya.

Tempoh Penyembuhan

Penyembuhan anda berbeza mengikut seseorang dan bergantung kepada berapa buruk kecederaan. Kebanyakan kes, terapi fizikal dapat membantu mengatasi masalah dan mempercepat pemulihan. Sekiranya menghadapi kecederaan ACL, doktor akan  mencadangkan terapi fizikal selepas proses pembedahan.

Semasa dalam proses pemulihan, jika doktor anda bersetuju, anda boleh mengambil satu aktiviti baru yang tidak akan menyakitkan lutut anda. Sebagai contoh, aktiviti renang.

Tetapi anda jangan tergesa-gesa dan tidak melakukan kembali aktiviti fizikal pada tahap anda yang lama sehingga:

  • Doktor mengatakan bahawa ia adalah baik untuk anda mengambil bahagian.
  • Boleh membengkokkan dan meluruskan lutut tanpa rasa sakit.
  • Lutut tidak menyakitkan apabila berjalan, joging, berlari, atau melompat.
  • Ia tidak lagi bengkak.

Jika anda mula melakukan aktiviti lasak sebelum ia sembuh, lutut anda boleh menyebabkan kerosakan kekal. Ini menyebabkan pergerakkan anda terbatas.

Cara Pencegahan

Kecederaan ligamen lutut sebenarnya sukar unutk dicegah. Tetapi anda boleh ambil langkah berjaga-jaga yang boleh mengurangkan risiko kecederaan :

  • Pastikan sentiasa melakukan regangan terhadah otot peha anda.
  • Memanaskan badan walaupun ingin melakukan aktiviti ringan, begitu juga sebelum melakukan aktiviti yang lasak.
  • Mengekalkan fleksibiliti.
  • Buat perubahan perlahan-lahan. Jangan terlalu melakukan aktiviti yang membebankan atau terlalu menekan badan anda.

Semoga Bermanfaat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat