Cara Menghindarkan Diri Dari Pemikiran Negatif


Tidak semua orang mampu untuk berfikir secara positif dalam sehariannya. Ramai yang selalu berfikiran negatif sehingga megundang tekanan kepada diri mereka sendiri. Ketika berfikiran negative, automatik hidup akan menjadi sulit dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Jika anda kerap berfikiran negatif, sebagai contoh mudah berasa bersalah atas reaksi orang lain yang kurang baik terhadap anda, cubalah cara menghilangkan fikiran negatif seperti di bawah ini.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK HILANGKAN FIKIRAN NEGATIF

  1. Mengambil Nafas Panjang

Saat fikiran negatif muncul, jangan mengikuti alurnya kerana anda akan semakin berfikiran buruk bila dibiarkan. Cuba untuk mengambil masa dalam beberapa saat untuk berhenti dari berfikiran negatif. Ambil 5 kali nafas panjang supaya anda merasa lebih baik kerana dengan latihan pernafasan ini, fikiran yang tadinya rumit, kacau dan penuh dengan hal negatif akan beransur menjadi lebih tenang. Apapun masalah yang sedang anda fikirkan, cubalah untuk lebih tenang dengan menghembus nafas panjang demi mengusir segala fikiran-fikiran yang buruk.

  1. Tidur

Sebahagian orang yang sedang dipenuhi dengan fikiran negatif tidak boleh tidur. Berusaha untuk tidur walaupun sekejap untuk menyegarkan otak kita yang dalam keadaan bercelaru.

  1. Meluangkan Masa Bersama Kawan dan Keluarga

Supaya fikiran negatif tidak terus menguasai diri anda, cubalah untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan ataupun keluarga kerana sikit sebanyak ianya boleh mengurangkan anda dari terus memikirkan perkara negatif.

  1. Bergaul dengan Orang-orang positif

Pergaulan kita juga merupakan faktor yang akan menentukan seperti apa diri kita. Semasa berada di sekeliling orang yang positif, seperti dengan aktiviti yang positif, fikiran kita pun dijamin menjadi lebih positif. Bergaul dengan orang yang seperti ini, anda tidak akan sempat untuk berfikiran negative lagi.

  1. Luah Perasaan dengan Orang Terdekat

Cuba untuk meluahkan perasaan pada orang terdekat. Selain boleh melegakan hati, menceritakan masalah dengan orang yang dipercayai juga boleh menambah kepercayaan diri serta boleh membantu supaya masalah cepat selesai.

  1. Menjadi Kreatif

Jadilah lebih kreatif untuk mengekspresikan apa yang menjadi beban fikiran anda. Fikiran negatif sebetulnya boleh ditulis dalam suatu bentuk karya. Menuliskan seluruh isi fikiran anda ke atas sebuah kertas adalah idea yang mendatangkan hasil. Tapi tidak hanya itu, anda juga boleh memainkan alat instrument musik atau menggambarkan supaya fikiran negatif anda boleh hilang.

  1. Melakukan Yoga/Pilates

Anda boleh mencuba melakukan Yoga atau Pilates di mana latihan fizikal ini adalah tentang keseimbangan antara fizikal dan spiritual kita. Dengan melakukan latihan fizikal ini secara teratur, ada jalan bagi anda untuk mengusir segala bentuk fikiran buruk.

  1. Jangan Lupa Untuk Senyum

Penelitian menunjukkan bahawa tersenyum boleh membuat tubuh kita melepaskan senyawa kimia yang memberikan rasa bahagia. Jadilah orang pemurah dengan senyuman dan tunjukkan bahawa anda bahagia. Melalui penguatan secara sosial dan reaksi kimia tubuh, hal ini benar-benar membezakan antara orang-orang yang berpandangan positif dan bahagia dengan mereka yang terperangkap dalam fikiran buruk.

       9. Berjumpa dengan Pakar Kesihatan Mental Jika Anda Masih Berfikiran Negatif

Segeralah berkonsultasi dengan pakar kesihatan mental jika anda mengalami depresi (tekanan), ingin bunuh diri, atau selalu menyakiti diri sendiri. Hal ini kerana mereka sudah dilatih untuk mengajar cara-cara mengatasi fikiran negatif dan mampu mengajar anda untuk memulihkan pola fikiran anda agar kembali positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat