Batuk Susah Nak Reda ? Jom Cuba Petua Hilangkan Batuk Gunakan Buah Oren


Adakah anda sedang mencari petua hilangkan batuk ? Biasanya bila sudah batuk, memang agak sukar untuk diubati sehingga menjadi batuk berpanjangan.

Ini membuatkan kita rasa tak selesa sehingga boleh mengganggu urusan harian. Kebanyakan ubat batuk juga boleh menyebabkan kita rasa mudah mengantuk.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsikan petua hilangkan ubat batuk menggunakan buah oren. Petua ini difahamkan merupakan amalan yang sering digunakan oleh pakar ubat China dan Taiwan.

Jom kita lihat cara-cara buat jus oren asli untuk merawat batuk dari rumah. Ia sesuai untuk diamalkan bagi kanak-kanak dan dewasa pada musim pandemik ini.

petua hilangkan batuk gunakan buah oren

Petua Hilangkan Batuk Guna Buah Oren

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  • Rendam buah oren selama 15 minit
  • Potong bahagian atas dan bawah buah oren seperti dalam gambar di bawah.

petua hilangkan batuk

  • Tambahkan setengah sudu garam di bahagian atas dan sapu rata.
  • Anda digalakkan untuk cucuk permukaan oren dengan garfu atau chopstick untuk pastikan garam dapat meresap cepat ke dalam isi buah oren.
  • Kukus selama 2 jam. Tempoh ini disarankan untuk mendapatkan jus oren yang lebih banyak.
  • Minum jus tersebut. Lebih baik makan isinya sekali walaupun rasanya masin dan pahit.
  • Amalkan sehingga batuk berhenti. Jus ini juga boleh kurangkan kahak pada masa yang sama.
petua hilangkan batuk menggunakan buah oren boleh diamalkan untuk kurangkan batuk berpanjangan

Kredit : theasianparent

Kebaikan Buah Oren Untuk Kesihatan

Bukan sahaja diperkaya dengan vitamin C , malah buah oren mampu memberikan pelbagai manfaat pada tubuh manusia. Antara kebaikan buah oren pada kesihatan adalah :

  • Meningkatkan penghasilan air liur
  • Melembapkan mulut dan tekak untuk mengurangkan kerengsaan serta kegatalan pada tekak.
  • Memulihkan batuk kering
  • Melembapkan paru-paru
  •  Membantu mengurangkan kahak pada tekak

petua hilangkan batuk ini baik untuk legakan kahak

Manfaat Lain Buah Oren

Selain baik untuk meredakan batuk dan kahak, ia juga membekalkan manfaat seperti berikut :

Baik Untuk Kesihatan Kulit

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah oren mampu menggalakkan penghasilan kolagen untuk menyihatkan kulit. Ia juga bertindak diperkaya dengan antioksida bagi mencegah pencemaran serta risiko penuaan pada kulit.

Mencegah Anemia

Walaupun tidak membekalkan khasiat zat besi, buah oren mampu membekalkan asid askorbik serta asid sitrik yang membantu badan dalam menyerap khasiat zat besi dengan lebih baik.

Mengurangkan Risiko Strok

Sebuah kajian mendapati pengambilan buah oren secara konsisten dapat mengurangkan risiko strok melalui manfaat flavonoid.

Menyihatkan Mata

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya buah oren juga baik untuk kesihatan mata. Ia kaya dengan kebaikan beta kriptoxantin serta vitamin A yang boleh melindungi mata daripada masalah rabun malam.

bukan sahaja untuk petua hilangkan batuk, malah buah oren juga baik untuk kesihatan mata

Menjaga Kesihatan Jantung

Oren mempunyai beberapa zat penting untuk kesihatan jantung seperti kalium, potassium, kolina serta vitamin C.

Mengelakkan Sembelit

Kandungan pektin dalam buah oren pula dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit.

Semua kebaikan ini menjadikan buah oren baik untuk diamalkan bukan sahaja ketika batuk, malah ia juga menawarkan banyak kebaikan untuk kesihatan secara menyeluruh. Namun, pengambilan oren perlulah diseimbangi dengan nutrisi lain agar badan mendapat khasiat lengkap.

Diharap petua hilangkan batuk ini bermanfaat buat anda dan sekeluarga pada waktu pandemik ini.

Tapi biasalah, nama pun petua. Jadi, ia mungkin akan berikan keberkesanan berbeza bergantung kepada individu. Apapun selamat mencuba dan semoga anda dan keluarga sentiasa sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat