FAKTA : 40% Rakyat Malaysia Akan Menderita Masalah Kesihatan Mental.

Sumber Rujukan : The Star

Empat daripada 10 rakyat Malaysia akan menjadi mangsa kepada masalah kesihatan mental dalam kehidupan mereka. Pakar psikologi percaya bahawa bilangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Perunding psikiatri dan pakar perubatan ketagihan dari Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Philip George berkata nombor sering dipandang ringan kerana stigma keadaan sekeliling.

Tambahnya, kesungguhan dan kelaziman isu-isu kemurungan, bipolar yang tidak teratur dan isu-isu kesihatan mental yang lain perlu diterima dan perlu diketahui terlebih dahulu sebelum dirawat.

“Masalah kesihatan mental bukan sahaja menyerang golongan miskin, lemah ataupun yang kesunyian. Ianya juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja malahan bank dunia telah meramalkan bahawa pada tahun 2020 akan mencecah 340 juta orang yang mengalami masalah kemurungan.

“Walaupun survey daripada Kesihatan Kebangsaan dan morbiditi menyatakan hanya 1.8% rakyat Malaysia yang mengalami kemurungan, kami fikir disitu terdapat sesuatu kecacatan ataupun kekurangan dan kami percaya sekurang-kurangnya 40% rakyat Malaysia menderita daripada masalah kesihatan mental ini.

“Perbezaannya ialah orang asia tidak bercakap tentang masalah yang mereka hadapi. Halangan terbesar orang asia ialah mereka tidak mempunyai perkataan untuk emosi mereka, tidak seperti orang kulit putih,” katanya sambil menambah setiap orang yang ada disekeliling kita sekurang-kurangnya akan mengalami kemurungan ringan.

“Mereka mengangap orang yang mempunyai masalah emosi adalah orang yang lemah, oleh itu ia dikatakan masalah fizikal dan mengetengahkan masalah seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, sakit belakang dan keletihan yang berterusan.

Tambahnya, Institusi Kesihatan Kebangsaan telah menemui bahawa penyakit kemurungan menjadi sangat melumpuhkan kerana ia tidak ketara dan sukar untuk ditekankan.

“Ia bukannya sesuatu perkara yang boleh ditangani dengan mudah, sepertimana  orang ramai tidak boleh menangani daripada diabetis dan strok.

“Bagaimanapun, dengan bantuan dan sokongan yang cukup, hampir 90% daripada pesakit boleh di pulihkan kepada normal. Benar, penyakit mereka akan kembali bagi golongan yang terlalu sensitif, tetapi mereka boleh dipulih dengan bantuan yang betul,”Tambahnya.

Kenyataannya disokong oleh perunding psikitari, Datuk Dr Andrew Mohanraj yang menambah bahawa pada tahun 2030, kemurungan akan menjadi penyakit yang paling melumpuhkan kerana ia akan menjadikan hari anda tidak sempurna akibat kecacatan.

Beliau menjelaskan bahawa satu kajian telah dilakukan di Amerika Syarikat mendapati 30 hingga 40% daripada ketidakhadiran di tempat kerja dengan aduan yang tidak munasabah seperti sakit badan, kelesuan, dan kurang tidur.

Tiada kajian yang dilakukan di Malaysia tetapi satu kajian penjagaan utama di Thailand kira-kira lima tahun lalu menunjukkan sehingga 30% aduan psikosomatik.

“Kesukaran dalam mendiagnosis kemurungan menjadi sebab utama ramai yang tidak dilaporkan, diikuti oleh ketidakmampuan orang untuk mengenali gejala-gejala kemurungan itu sendiri,” katanya sambil menambah ramai sebenarnya yang kemurungan kerana tidak mahu dan malu untuk tampil ke hadapan bagi mendapatkan rawatan.

Dr Andrew juga menegaskan bahawa kemaskini yang dibuat oleh National Morbidity Survey menunjukan bilangan tertinggi buat masa sekarang.

Bacaan lanjut : Kena Tahu Bezakan Kemurungan (Mood Depression) Dengan Kemurungan Klinikal (Clinical Depression)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat