10 bahan semulajadi untuk cantikkan kulit anda tanpa perlu berhabis duit dengan banyak
Pasti di luar sana yang inginkan kulit muka yang sihat dan berseri bukan? Terutamanya golongan wanita yang impikan kulit muka yang cantik. Mereka sanggup berbelanja besar untuk membeli pelbagai produk muka untuk penjagaan kulit mereka. Ha….di sini saya ingin berkongsikan bersama anda tentang 10 bahan semulajadi untuk cantikkan kulit anda tanpa perlu berhabis duit dengan banyak serta ia mudah didapati tanpa bahan kimia !
Kebanyakannya produk – produk di luar sana mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada kulit muka dan ia akan memberi kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang.
Mengapa kita sanggup membazirkan duit untuk membeli produk – produk yang diluar sana sedangkan kita boleh dapatkan kulit muka yang sihat dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang selamat dan berkhasiat yang mempunyai banyak kelebihan untuk kulit muka kita.
Sekarang wanita – wanita di luar sana usah runsing lagi kerana mereka boleh dapatkan kulit muka yang flawless dan berseri dengan hanya menggunakan 10 bahan ini dirumah ! Wow!
1. Ais
Membantu hilangkan parut, menyegarkan kulit, mengawal minyak pada muka dan menghilangkan eyebag.
Caranya : Ambil seketul tiub ais dan hanya urutkan pada seluruh muka dengan perlahan – lahan selama 5 minit supaya khasiat ais itu meresap ke dalam kulit. Anda juga boleh campurkan timun bersama ais dan kisarkan sehingga halus , ratakan pada muka dan biarkan selama 10 minit untuk mendapatkan kesegarannya!
2. Serbuk kopi
Mengatasi jerawat, mengecilkan liang – liang pori di muka, mencerahkan dan menyegarkan kulit.
Caranya : Masukkan dua sudu besar kopi ke dalam mangkuk kemudian campurkan sedikit madu dan air (jadikan ia sebagai scrub) . Ratakan pada muka dan biarkan selama 5 minit kemudian bilaskan dengan air.
3. Putih Telur
Menanggalkan blackhead & whitehead serta mencerahkan kulit muka.
Caranya : Pukul putih telur sehingga ianya berbuih dan sapu pada muka. Letak tisu pada permukaan kulit muka sehingga putih telur itu kering. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilaskan dengan air suam.
4. Kayu Manis
Mengecutkan jerawat, memudarkan parut dan mengurangi garis halus pada wajah.
Caranya : Campur bubuk kayu manis dengan sedikit lemon. Sapukan rata pada kulit dan biarkan kering selama 10 minit. Kemudian, bersihkan muka dengan air sejuk.
5. Tomato
Mengecutkan jerawat, menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak lebihan minyak wajah.
Caranya : Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biarkan ia kering, bilaskan dengan air suam.
6. Jus Lemon
Mengurangkan pembukaan pori dan blackhead, mencerahkan kulit serta mengurangkan jerawat di wajah.
Caranya : Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilaskan dengan air dingin. Lakukan setiap hari untuk hasil menakjubkan.
7. Timun
Menghilangkan bintik hitam pada muka, mengatasi kulit kering dan anti penuaan.
Caranya : Blenderkan potongan timun bersama yogurt (utk kesan yang lebih cepat) sehingga halus. Kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 15 minit agar ianya meresap. Lalu cuci muka dengan air dingin.
8. Lidah Buaya
Mengatasi kulit kering, menghilangkan flek hitam dan melicinkan kulit.
Caranya : Ambil gel lidah buaya dan ratakan pada wajah. Biarkan selama 15 minit sehingga ianya meresap ke dalam kulit. Kemudian bilaskan dengan air suam. Lakukan perawatan ini dua kali sehari dalam sebulan.
9. Beras
Memutihkan kulit, menegangkan kulit, menghilangkan bintik – bintik hitam dan menghaluskan kulit.
Caranya : Ambil 3 genggam beras (untuk hasil yang terbaik, ambil beras yang bebas bahan pemutih dan pengawet) dan madu asli. Rendam beras dengan air yang secukupnya biarkan sehari (sehingga beras menjadi lunak) kemudian tumbuk dan haluskan sehingga rata dan jemur sehingga kering. Selepas dijemur, campurkan dengan dua sudu madu asli. Ratakan pada seluruh muka dan biarkan masker ini sehingga 20 minit, setelah itu bilaskan dengan air hingga bersih.
10. Betik
Mencerahkan kulit muka, menghidratkan kulit, mengurangkan jeragat dan menghilangkan tanda penuaan.
Caranya : Gosokkan betik yang telah dipotong pada wajah, selama 2 hingga 3 minit. Kemudian bilaskan dengan air sejuk.
Ha…bahan – bahannya mudah saja kita dapatkan ? Bahan – bahan ini sering kita guna dalam masakan bahkan ianya bagus untuk kulit muka kita. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari. Itu sahaja perkongsian tips saya untuk anda semua.
Ingat nak kan kulit cantik jangan malas usaha !
Tonton video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kecantikan kulit: