Sektor Pinjaman Bank Kembali Rancak
Permohonan dan kelulusan pinjaman mencatatkan pertumbuhan positif pada Februari tahun ini, apabila meningkat 21 peratus berbanding bulan sama tahun lalu. Ini kali pertama dalam permohonan dan kelulusan pinjaman berkembang, selepas ia mengucup selama tujuh tahun bulan berturut-turut.
Perkembangan itu adalah situasi yang amat memberansangkan bagi sektor pinjaman menuju separuh kedua 2017. Penganalisis Maybank Investment Bank Research, Desmond Ch’ng, berkata berdasarkan purata pergerakan tiga bulan, permohonan pinjaman berkembang sebanyak 1.6 peratus berbanding setahun lalu, yang menjadikan ia kali pertama berlaku dalam tempoh tujuh bulan.
“Kelulusan pinjaman juga menjadi positif pada Februari tahun ini, apabila meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun lalu.
Dari segi pergerkan purata tiga bulan, kelulusan pinjaman mengucup buat bulan ke-18 berturut-turut, namun ia kadar pengucupan terkecil dalam tempoh 18 bulan,” katanya dalam satu nota penyelidikan. Purata kadar kelulusan pinjaman dalam tempoh tiga bulan(jumlah pinjaman diluluskan dalam masa sebulan dibahagikan dengan jumlah pinjaman dipohon) adalah lebih tinggi sebanyak 45.1 peratus pada Februari 2017, berbanding 44.9 peratus pada Januari 2017.
Permohonan gadai janji meningkat 11.8 peratus pada bulan dikaji berbanding pertumbuhan 11.8 peratus pada bulan dikaji berbanding pertumbuhan 4.1 peratus yang dicatatkan pada Januari, manakala kelulusan gadai janji melonjak 8.8 peratus.
Kadar kelulusan purata bagi gadai janji adalah lebih rendah pada 42 peratus, berbanding 43 peratus yang dicatatkan pada Januari 2017
Kadar kelulusan lebih rendah
Permohonan pinjaman hartanah bukan kediaman pula terus mengucup sebanyak 5.4 peratus pada bula Februari, dengan purata kadar kelulusan lebih rendah sebanyak 41 peratus.
Dari segi pinjaman kenderaan, permohonan meningkat buat kali pertama dalm tempoh setahun apabila menokok 7.1 peratus pada Februari 2017 selepas mengucup selama 13 bulan berturut-turut.
Kadar kelulusan juga meningkat kepada 51 peratus pada bulan Ferbruari, berbanding 51 peratus pada Januari 2017 dan hanya 48 peratus pada Disember 2016.
Permohonan pinjaman peribadi juga turut mengucup buat bula kesembilan berturut-turut, susut 20.6 peratus pada Februari lalu berbanding 24.6 peratus pada bulan sebelumnya.
Pinjaman peribadi juga menyaksikan kadar kelulusan lebih rendah pada bulan dikaji iaitu 27 peratus, berbanding 28 peratus pada Januari 2017.
Pertumbuhan berkembang
Sementara itu, permohonan pinjaman kad kredit menyaksikan pertumbuhan berkembang sederhana kepada 17.8 peratus pada Februari, berbanding `19.5 peratus pada bulan sebelumnya. Kadar kelulusan juga merosot kepada 41 peratus, berbanding 42 peratus pada Januari.
Dari segi permohonan pinjaman modal kerja, ia terus menguncup buat bulan kesembilan berturut-turut, apabila susut 7.3 peratus pada bulan Februari.
Begitupun, secara positif kadar pengucupan adalah lebih kecil berbanding penyusutan 16 peratus yandg direkodkan pada bulan terdahulu.
Malah, kadar kelulusan pinjaman modal kerja juga meningkat kepada 48 peratus pada bulan Februari, berbanding hanya 46 peratus pada bulan sebelum itu.