Pelajar Jana RM28000 Sebulan Dengan Menternak Lipas

Sumber Rujukan : worldofbuzz

Bagi kebanyakkan orang biasa, lipas merupakan serangga perosak yang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Tetapi, tidak bagi anak muda ini. Siapa sangka anda boleh membuat duit dengan menternak lipas?

Menurut China Press, seorang remaja lelaki yang berusia 20 tahun yang bernama Tong menjana pendapatan sebanyak RM28,300 sebulan dengan menternak dan menjual lipas.

Bisnes nya bermula apabila dia membeli lipas untuk menjadikannya sebagai makanan kepada haiwan peliharaannya. Bagaimanapun, proses jualbeli lipas terlalu rumit dan menyusahkan buat beliau. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menternak lipas nya sendiri, yang juga akan menjimatkan perbelanjaan beliau.

Lipas itu membiak dengan pantas dan hanya dalam masa 6 bulan, dia teleh memiliki 30,000 hingga 40,000 ekor lipas. Nasibnya baik, apabila Tong berjaya menjumpai orang yang sanggup untuk membeli lipas-lipas nya itu.

Pembeli yang bernama Tse itu merupakan pakar dalam bidang menternak lipas dan telah mengenali Tong melalui transaksi itu.

Tidak mudah sebenarnya untuk Tong memulakan kerjaya nya itu, kerana seperti orang biasa dia juga takut lipas. Dia juga mengatakan yang dia mengalami mimpi ngeri setiap hari selama sebulan.

Hari ini terdapat lebih daripada 2.7 juta ekor lipas daripada pelbagai spesies yang berbeza di ladang yang juga diuruskan oleh Tong secara bersendirian. Tong juga menjelaskan yang lipas-lipas nya adalah bersih dan tiada apa yang perlu anda risaukan.

Tong juga tidak dapat lari dari persepsi negatif orang ramai termasuklah rakan-rakan daripada universiti. Sampaikan ada juga yang menolak untuk bersalam dengannya. Walaubagaimanapun, Tong tidak pernah serik untuk menjelaskan kepada rakannya yang lipas yang diternak tidak sama dengan lipas liar yang berada di rumah anda.

Di harapkan yang beliau tidak terkesan dengan kata-kata masyarakat dan terus berusaha untuk menjayakan perniagaannya itu. Tetapi, pastikan yang dia tutup pintu sebelum meniggalkan ladang lipasnya itu. 2.7 juta lipas yang terbang merupakan mimpi ngeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat