Perkongsian Ilmu Kesan LED : Bahaya Atau Tidak?

Sumber Rujukan : Elyas Nordin

Sebagai Jurutera Elektrik, orang ramai akan selalu melontarkan soalan sebegini kepadaku, setiap kali dijawab soalan tersebut, setiap kali itulah si pendengar keliru dengan jawapanku. Ini kerana jawapannya bukan semudah ya atau tidak, jikalau ia benar-benar semudah ‘ya,’ kenapa teknologi LED semakin lama semakin ditambahbaik sehingga sekarang?

Sebagai nukilan untuk kemudahan masa hadapan, ku coretkan beberapa nota bagi diriku di sini. Isu pertama adalah Silau di mana kebanyakan semua sudah sedia maklum; dan kedua adalah Risiko Kesihatan dan tidak ramai yang tahu. Berikut adalah sedikit pencerahan secara am untuk maklumat kita bersama.

Risiko Silau (Glaring)

Buat masa ini, tiada jawapan mudah untuk menerangkan fenomena ini. Walaupun rekabentuk lampu-lampu jalan LED memenuhi, malahan lebih bagus lagi, parameter-parameter fotometrik seperti Luminance minima, Overal Uniformity, Longitudinal Uniformity dan Disability Glare (Threshold Increment dalam %) berbanding lampu konvensional, namun dari input pengalaman sesetengah pengguna-pengguna jalan raya, ia dikatakan masih silau.

Penyelidik-penyelidik bersependapat bahawa ia disebabkan parameter discomfort glare bagi LED tidak boleh dikategorikan sama dengan lampu konvensional (lampu HPSV). Pelbagai parameter tambahan telah dicadangkan untuk dijadikan parameter sokongan bagi menjamin rekabentuk lampu jalan LED yang paling selamat, antaranya Glaring Sensation

Effective Glare Luminance dan beberapa lagi. Walaubagaimanapun, dalam pada masa yang sama, sementara teknologi LED semakin ditambah baik, siapalah kita untuk menidakkan arus gelombang teknologi baru ini. Disebabkan populariti dan penjimatan elektrik yang terbukti, sekiranya ada permintaan yang tinggi untuk pemasangan lampu jalan ber-LED, bagi meminimakan fenomena silau, pemasangan lampu jalan LED perlulah direkabentuk dari awal lagi dan bukan diganti-penuh atau retro-fit semata-mata.

Risiko Kesihatan

Kecerahan LED berkadar terus dengan arus elektrik. Rendah arusnya, maka rendahlah kecerahannya dan begitulah sebaliknya. Namun isu sebenarnya adalah arus elektrik boleh bertukar-tukar pada setiap saat, mili-saat atau mikro-saat. Perubahan arus elektrik yang tidak konsisten ini boleh menyebabkan ‘flickering.’ Berdasarkan beberapa penyelidikan yang telah dilakukan, flickering jikalau tidak dikawal, boleh memberikan kesan biologi yang tidak baik kepada kesihatan kita, antaranya migrain, stress dan paling teruk sawan. Namun begitu, arus elektrik ke lampu LED boleh dikawal dengan adanya LED driver.

Berdasarkan IEEE Recommended Practices for Modulating Current in High-Brightness LEDs for Mitigating Health Risks to Viewers, bagi frekuensi kuasa elektrikal di Malaysia (50Hz), peratusan Modulation haruslah di bawah 3% bagi mengelakkan flicker yang boleh membawa keburukan kepada kita.

Oleh yang demikian, adalah begitu penting sekiranya kita mendesak pihak-pihak pengeluar lampu LED supaya melakukan QC atau QA yang ketat agar lampu LED tidak flicker ke tahap yang boleh membahayakan kesihatan kita.

Disclaimer – pendapat ini lebih mengkhusus kepada lampu jalan, tetapi boleh diaplikasikan pada lampu-lampu di dalam rumah secara tidak langsung, dan jikalau ada salah dan khilaf, sy mohon maaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat