Surat Terbuka Buat Ibubapa Selepas Konvo

Sumber Rujukan : Azizul Azli Ahmad

Ibubapa yang dikasihi dan dirahmati,
Jika hari ini anak kita baru sahaja bergelar graduan. Tahniah saya ucapkan.
Ini pandangan guru yang pernah mengajar mereka di dewan kuliah hingga bergelar graduan.

  1. Zaman ini jangan terus berharap anak kita dapat kerja lepas habis belajar. Graduan tanpa kerja itu dah makin biasa, mintak mereka jangan putus asa dan kekalkan usaha.
    Universiti Awam sahaja ada 21 buah dan Universiti Swasta ada 24. Zaman saya dulu ada 9 sahaja universiti awam sahaja.
  2. Jika mereka ingin berniaga, jangan halang mereka. Beri mereka sokongan walau kita nak mereka kerja gomen sebenarnya. Maklumlah darah Melayu mengalir didada
    Ramai yang berniaga online kaya raya, takkan makcik tak kenal Sajat yang buat bedak “Jangan Mengata”?
  3. Jika mereka nak keluar dari bidang pengajian, jangan benci mereka. Ramai yang berjaya berbeza dengan bidang pengajian dulu kala. Belajar itu untuk ilmu bukan pekerjaan semata mata.
  4. Anak anak hari ini dah terbeban dengan PTPTN, kita kena ingat sebab kita tak menabung dan asik layan Astora la anak kita kena berhutang belajar. Jangan mintak yang bukan bukan, mungkin abang mereka boleh bagi tapi mereka tidak lagi.
  5. Jangan merungut nak besarkan dapur, anak ini tertekan dan akan buat pinjaman peribadi balas jasa ibubapa. Sekarang mungkin mereka tak rasa apa apa. Bila nak beli rumah pertama, baru mereka rasa bahangnya.
    Nak bersungut, kita ibubapa mereka. Jauh disudut hati mereka terguris juga sebenarnya .
  6. Janganlah mintak mereka beli kereta dulu. Jika mereka kata nak beli Honda atau Toyota, nasihatkan mereka tahan nafsu dulu.
    Kesannya apa?
    Jika mereka beli juga, kita dah tentu bangga, semua jiran bercerita pasal anak kita. Apakah itu yang kita dambakan dari jiran tetangga?
    Kesan paling utama, mereka akan kurang beri ‘sumbangan’ untuk kita. Duit semua habis untuk selenggara kereta.
    Jangan rasa malu anak kita naik Honda roda dua, dia baru habis belajar dan belum berjaya.
  7. Jangan bandingkan mereka dengan abang, kakak, jiran, anak sedara yang lepas graduan DULU dapat kerja. Mereka hidup sebelum zaman GST, 1MDB, Permata Hati dan ada ancaman LGBT.
    Zaman itu bajet negara belum cecah RM280 Billion lagi.
  8. Bila anak sebut nak beli rumah pertama, sokonglah mereka. Jangan herdik dan kata “ish… Muda muda lagi buat apa beli rumah, bukan tahu nak kerja dimana”, “Kau tu pompuan, nanti biar laki kau yang belikan. Cuci kaki lah dia nanti” sindiran begini sangat tajam, mohon jangan lakukan.

Beri sokongan yang tak berbelah bagi wahai ibubapa, mereka ini anak yang ada wawasan sebenarnya.
Zaman mereka berada dalam dewan kuliah telah berakhir, jika dulu mereka boleh tanyakan pensyarah. Sekarang kami serahkan kembali kepada ibubapa.

Jika ada yang kata pengajian di IPTA itu tidak penting, 84% golongan kaya yang tersenarai di Forbes itu adalah graduan universiti.
Tanggungjawab kami telah selesai, didiklah mereka kembali tentang hidup, kasih sayang dan kejayaan.
Ingat pesan ini, anak yang berjaya itu bukan mewah hidupnya tetapi doanya buat kita bertimpa timpa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat