Bawa Beg Sekolah Beharga RM44,000

Sumber Rujukan : malaysiandigest

Masih anda ingat zaman persekolahan anda? Semestinya satu memori yang sukar untuk dilupakan kerana anda belum di hantui oleh masalah dan yang anda tahu hanya untuk berseronok.

Sudah menjadi kemestian ketika waktu persekolahan untuk membandingkan beg sekolah siapa lagi lawa dengan rakan sebaya, terutamanya ketika sekolah rendah. Di mana setiap kanak-kanak mempunyai beg sekolah yang mempunyai hero kegemaran mereka.

Tetapi kanak-kanak ini agak istimewa kerana beg yang di bawanya ke sekolah menjadi viral di sebabkan berharga RM 44,000 jika original.

Di dalam gambar yang telah viral itu, budak lalaki ini di lihat memakai Supreme X Louis Vuitton yang dijual US$11,000 di E-bay.

Budak lelaki itu dikatakan bersekolah di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang.

Selepas melihat gambar yang tular itu, netizen mempertikaikan tentang keaslian beg itu selepas di bandingkan dengan gambar beg yang original.

Sumber-Malaysian Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat