5 Tips Mudah Hilangkan Resdung – Daily Rakyat

5 Tips Mudah Hilangkan Resdung


Jika selalu mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan,anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada korang mengalami masalah resdung (sinus). Antara tips mudah untuk hilangkan resdung adalah seperti dibawah.

1.Hidrasi

Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Anda harus elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Jika berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

2. Air Panas

Cara hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya?

Pertama, rebus air lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda dengan jarak 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Anda juga boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan cara ini selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Cara lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Pastikan ai tidak terlalu panas, suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih kemudian tuamkan tuala di bahagian muka anda.

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah buaya

Menarik, kan? Lidah buaya adalah salah satu tumbuhan digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

5.Limau Nipis dan Daun Pandan

Cara seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan lebih kurang 8 buah limau nipis dan juga 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak kemudian pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Untuk hasil yang lebih baik lakukan setiap 3jam. Setelah Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat