“Ramai Yang Lalu Tapi Tak Tumpangkan..” Jalan Seorang Diri Di Tengah Panas, Pakcik Ini Rupa-Rupanya..
Zaman sekarang sangat jarang dilihat pejalan kaki. Bahkan menaiki basikal juga sudah berkurangan. Mungkin zaman semakin moden, disebabkan itu kebanyakan dari kita sudah memiliki kereta dan motosikal. Jika dahulu, ramai dalam kalangan penduduk di kampung dan juga bandar yang berjalan kaki, berbasikal dan menaiki bas namun kini sangat berbeza.
Suasana yang dilihat pada ketika dahulu sudah tidak dapat disaksikan lagi pada zaman kini. Kalaupun ada pejalan kaki, mungkin mereka ini golongan yang tidak berkemampuan dan betul-betul susah.
“Ramai Yang Lalu Tapi Tak Tumpangkan..” Jalan Seorang Diri Di Tengah Panas, Pakcik Ini Rupa-Rupanya..
Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh Eyka Yuyun menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang pakcik bertongkak berjalan kaki seorang diri di tengah panas. Menurut wanita ini, ramai yang lalu namun tidak tumpangkan pakcik itu.
“Pakcik ini jalan sorang-sorang tengah panas. Ramai yang lalu tapi tak tumpangkan”
Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah pakcik berkenaan berjalan sekejap dan kemudiannya duduk berehat seketika. Tidak tahu ke mana arah tujuan pakcik ini. Disebabkan rasa simpati dengan keadaan pakcik tersebut, Eyka menumpangkan pakcik ini dan menghantarnya pulang ke rumah.
“Sekejap jalan, sekejap duduk sebab tak larat. Saat hati ni dari jauh tersentuh aku terus pusing terus kereta pergi jemput pakcik ni. Bayangkan kalau mak ayah kita macam ni.”
Sewaktu pakcik berkenaan masuk ke dalam keretanya, Eyka terpandang sebungkus Maggi dan juga bawang di dalam plastik merah yang dibawa oleh pakcik ini. Rupa-rupanya pakcik tersebut dari kedai dan bukannya beras serta barangan lain yang dibeli. Hanya Maggi dan bawang sahaja.
“Rupanya dia pergi beli Maggi dengan bawang je. Mungkin pakcik ni lapar”
Akak nak bagi sumbangan barang dapur kepada pakcik tu..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi yang ditinggalkan oleh warganet. Selain ramai yang memuji wanita ini kerana membantu pakcik tersebut, ramai juga yang sempat mendoakan mereka.
“Alhamdulillah. Terima kasih adik yang membantu. Semoga adik dalam lindungan Allah dan dimurahkan rezeki”, tulis hamisah68_ di ruangan komen.
Tidak kurang juga, ramai yang bersungguh-sungguh ingin membantu dan menyumbangkan barangan dapur kepada pakcik tersebut.
“Dik, kalau awak tak keberatan boleh tak akak nak bagi sumbangan barang-barang dapur pada pakcik tu. Awak hantarkan, kalau awak setuju dm akak ya”- Shidaw4w4
Tidak tahu apakah kisah sebenar di sebalik pakcik ini. Sama ada hidup seorang diri mahupun berkeluarga. Walau apa pun itu, semoga urusan pakcik ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Tahniah dan terima kasih juga kepada Eyka Yuyun atas kebaikan yang dihulurkan kepada pakcik ini. Semoga kebaikan adik ini turut mendorong orang lain untuk sama-sama melakukan kebaikan.
Kredit: TikTok Eyka Yuyun
Baca juga: “Dia Akan Ingat & Kenang..” Lihat Pelajar Bawa Beg Sekolah Usang, Cikgu Ini Hadiahkan Beg Baru