Fakta Doktor Muda Ini Tentang LGBT Realistik & Tidak Dapat Disangkal Oleh Sains Kesihatan
Tahniah Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, post beliau berkenaan LGBT telah direport oleh penyokong LGBT dan telah di remove oleh pihak Facebook. Ini menunjukkan fakta dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Doktor muda ini releven, realistik dan tidak dapat disangkal oleh fakta sains kesihatan dan logik akal.
Laporan KKM 2016, 46% daripada ‘HIV transmission by risk factor’ adalah dari golongan homosexual/bisexual.
Kita bukan diskriminasi golongan ini, tapi gerakan untuk menyebarluaskan dan mempengaruhi anak-anak muda ini perlu ditentang. Normalisasi perbuatan songsang ini tidak patut terjadi.
Tapi yang perlu kita renung, apa usaha dan tindakan kita untuk mereka?
Post asal Dr Ilyani:
Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir,
1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.
2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?
3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?
4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang penganut LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?
5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.
6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.
7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na’uzubillah.
8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!
Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018