Memang Ditubuhkan Untuk Bantu Golongan B40, Penubuhan UiTM Sarat Dengan Cabaran Dan Liku


Sejak tengah malam tadi, nama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi bualan hangat di kalangan netizen. Ia berikutan insiden seorang pensyarah memaki pelajar yang tidak mempunyai laptop untuk mengikuti kelas online.

Perbuatan pensyarah yang bergelar doktor ini mendapat kritikan hebat dari segenap netizen. Tidak hanya mengeluarkan kata-kata kasar, namun pensyarah tersebut juga sempat memperkecil ketidakmampuan golongan B40.

“Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” ungkap pensyarah tersebut dalam video yang tular itu.

“Dah Memang UiTM Tu Untuk Pelajar B40 .. “

Selain menganggap pensyarah tersebut tidak menunjukkan empati, netizen juga tidak boleh menerima tindakan pensyarah tersebut yang merendahkan golongan B40 sedangkan UiTM sememangnya ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelajar dari golongan tersebut.

Sebagai universiti yang membela golongan B40, pensyarah tersebut tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Sejak dahulu, penubuhan UiTM dimatlamatkan bagi membantu golongan bumiputera yang kurang berkemampuan.

Namun, ia tidak menjejaskan prestasi universiti ini apabila dinobatkan sebagai universiti ke-12 terbaik di Malaysia pada tahun 2022 dan ke-105 terbaik di Asia.

Kedudukan ini berjaya mengalahkan universiti awam dan swasta terkemuka lain seperti UniMAP, UMS, UNITEN, UNIMAS dan MMU.

Kini, UiTM masih berdiri gah selepas 23 tahun dinaiktaraf dari ITM ke UiTM yang kita kenali sekarang.

Penubuhan UiTM Semata-Mata Untuk Orang Bumiputera

Terkenal sebagai universiti khas bagi golongan bumiputera di samping menawarkan yuran yang jauh lebih murah barbanding Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain, UiTM cukup sinonim dengan golongan pertengahan.

Namun UiTM tidaklah wujud dalam sekelip mata. Malah, pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa diharungi bagi mengubah taraf ITM kepada universiti. Antara individu yang menyaksikan detik penubuhan UiTM adalah Prof Sankaran, seorang pensyarah ITM.

penubuhan UiTM tercetus daripada Dewan Latehan RIDA

Dewa LAtehan RIDA yang menjadi pencetus ITM dan seterusnya UiTM

Tujuan utama MARA ditubuhkan adalah untuk membantu, melatih dan membimbing kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan dan industri.

Sebagai salah seorang yang menemu duga kemasukan pelajar, Prof Sankaran turut memaklumkan kriteria yang dilihat bukan sekadar pada kemampuan akademik dan personaliti pelajar, malah pendapatan keluarga.

Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah berbanding yang berpendapatan tinggi.

Dalam erti kata lain, ITM akan mencari pelajar yang datang dari keluarga miskin, walaupun keputusan akademik pelajar ini tidak sebagus pelajar kaya.

Seingat Prof Sankaran, kebanyakan pelajar ITM ketika itu sangat lemah dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan pelajar juga sering didenda jika bercakap Bahasa Melayu. Ini bagi menyediakan kebolehan mereka untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika bekerja nanti.

prof sankaran pernah jadi pensyarah itm

Prof Sankaran

Sejak ITM ditubuhkan, graduan yang berkelulusan diploma dari ITM didapati memperoleh gaji rendah dan setaraf dengan pelajar berkelulusan STPM pada ketika itu.

Bagi mendapatkan hak yang setimpal seperti graduan diploma lain, maka tercetuslah idea untuk menaiktaraf ITM kepada sebuah universiti.

Perkara ini tidak hanya diusahakan oleh pengarah ITM, malah para siswa turut memainkan peranan penting dalam kebangkitan institusi ini.

Pelajar ITM Cetus Perarakan Besar

Di bawah kepimpinan Presiden Kesatuan Siswazah Institut Teknologi MARA (KSITM) ketika itu iaitu Ibrahim Ali,  sebuah perarakan yang dianggotai seramai 6,000 orang siswa telah dilaksanakan. Perarakan tersebut dikatakan begitu besar sehingga mengalahkan perarakan menentang Malaya Union pada tahun 1946.

Meskipun perarakan tersebut tidak mendatangkan hasil yang diinginkan, ia tidak mematahkan semangat ratusan siswazah yang masih bertahan ketika itu.

Pimpinan KSITM kemudian mengambil langkah lain dengan mengambil alih dua kampus ITM selama 10 hari di Shah Alam dan Jalan Othman selama 10 hari.

Sehingga sebuah rundingan diadakan di pejabat Perdana Menteri untuk menaiktaraf diploma ITM dengan ijazah am.  Graduan yang sudah bekerja pula dijanjikan bayaran tunggakan gaji yang seperti sepatutnya mereka terima.  Meskipun rundingan ini telah mengiktiraf sijil diploma mereka, namun proses naiktaraf ITM masih tidak dapat dilaksanakan.

Namun, proses naiktaraf UiTM hanya dapat direalisasikan tahun 1999.

Pada 26 Ogos 1999, Datuk Ibrahim Ali telah mengadakan satu himpunan siswazah ITM dan beliau menjemput Tun Dr Mahathir untuk rasmikan program tersebut.

Dalam program itu, Tun Dr Mahathir bersetuju untuk menaiktaraf ITM kepada universiti. Bermula saat itu, lahirlah Universiti Teknologi Mara yang kita kenali pada hari ini.

Sejarah penubuhan UiTM ini sangat jarang diceritakan kepada siswazah generasi baharu kerana terdapat unsur pemberontakan dan rusuhan. Namun, tindakan berani dari siswa ITM inilah yang menjadi pencetus kepada penubuhan UiTM yang cukup sinonim bagi kaum bumiputera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat