“Pasal Tu Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40 !” – Pensyarah IPTA Maki Pelajar Kerana Tiada Laptop Jadi Bahan Kecaman Netizen


Video tentang seorang pensyarah IPTA maki pelajar yang menggunakan handphone untuk sertai kelas online kini menjadi bualan hangat di kalangan warganet.

Menerusi video tersebut, pelajar tersebut dimarahi kerana tidak memiliki laptop meskipun sudah memasuki semester 5.

Pensyarah berpangkat Doktor itu juga sempat melontarkan kata-kata kasar serta menghina pelajar tersebut.

“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas… pergi jual gelang emas tu pergi beli komputer..”

“Kejap lagi aku nak ajar excel, sebab tu komputer sangat-sangat penting.. Hanya Rm 800 sahaja beli komputer apa masalah kau?”

Demikian antara ungkapan dari pensyarah tersebut yang kini hangat diperkatakan di kalangan netizen.

Perkara ini nyata telah membangkitkan rasa marah dan kecewa di kalangan netizen.

pensyarah ipta maki pelajar

Isu ini turut tular di Twitter

Netizen juga menyifatkan pensyarah ini tiada empati dan tidak menunjukkan adab yang baik terhadap pelajar yang ketiadaan ibu sementara bapanya tidak bekerja.

pensyarah ipta maki pelajar

pensyarah ipta maki pelajar

Pensyarah IPTA Maki Pelajar Sambil Rendahkan Martabat Golongan B40

“Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran”, tambah pensyarah tersebut.

Walaupun niat pensyarah tersebut memarahi pelajar adalah untuk memastikan setiap pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan ungkapan pensyarah tersebut yang kasar dan merendahkan golongan kurang berkemampuan.

pensyarah ipta maki pelajar

“Kalau Tak Nak Hadap Pelajar B40, Pergilah Mengajar Dekat Universiti Swasta”

Netizen turut berpendapat insiden pensyarah IPTA maki pelajar ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan universiti tersebut sememangnya ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pelajar dari golongan tersebut.

pensyarah ipta maki pelajar

 

pensyarah ipta maki pelajar

pensyarah ipta maki pelajar

“Melampau Dah Semester 5 Masih Takde Laptop”

Meskipun ramai netizen tidak bersetuju dengan kata-kata kasar lagi merendahkan dari pensyarah tersebut, sesetengah netizen turut melihat perkara ini berlaku akibat pelajar yang tiada usaha untuk memiliki laptop.

Apatah lagi pada waktu pandemik ini yang sangat bergantung kepada pembelajaran atas talian. Jika pelajar tersebut benar-benar ingin belajar, sepatutnya tiada alasan yang boleh diberikan kerana laptop adalah keperluan asas pelajar pada waktu ini.

Dia juga boleh manfaatkan wang PTPTPN untuk membeli laptop terlebih dahulu. Memang realiti masyarakat kita masa kini, bila sudah dapat duit, benda yang bukan-bukan dibelinya dahulu.

Lagipun, terdapat banyak bantuan yang boleh dimafaatkan termasuk bantuan kerajaan yang boleh membantu pelajar memiliki laptop.

Sekiranya pelajar tersebut kurang berkemampuan, dia boleh cari jalan untuk kumpul duit seperti melakukan kerja sambilan semasa cuti semester dan sebagainya.

pensyarah ipta maki pelajar

pensyarah ipta maki pelajar

 

Rata-rata netizen menggesa pihak universiti untuk menyiasat insiden pensyarah IPTA maki pelajar untuk tindakan selanjutnya.

Perkara ini turut mendapat perhatian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti tersebut yang meminta agar pihak universiti mengambil tindakan sewajarnya kepada pensyarah tersebut.

Setakat ini pihak universiti tersebut masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu yang sedang tular ini.

Apapun, semoga pelajar tersebut tidak berputus asa dan menjadikan kata-kata dari pensyarah sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih belajar. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat