Nak Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP? Ini Caranya Yang Mudah
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan antara tabung simpanan hari tua atau pun persaraan tertua di dunia. Tabung terbesar dunia ini juga ditubuhkan pada 1951 di mana tujuan utamanya adalah untuk membantu tenaga kerja Malaysia menabung.
Hari demi hari, KWSP terus menyempurnakan visi mereka. Bukan semata-mata untuk kekal relevan akan tetapi untuk mencipta persaraan yang lebih baik kepada semua ahlinya. Malah pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak KWSP bagi melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahlinya.
Nak Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP? Ini Caranya Yang Mudah
Seperti yang kita sedia maklum, sejak dahulu lagi hanya pihak majikan sahaja yang menguruskan caruman buat pekerja mereka. Bahkan ramai dalam kalangan kita yang tidak mengambil tahu akan isu ini. Lebih-lebih golongan muda dan mereka yang baru bekerja.
Terlampau banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak KWSP demi kebaikan bersama, di mana mereka telahpun membenarkan individu atau ahlinya untuk mencarum sendiri atau menambah wang ke dalam akaun mereka.
Caruman sendiri itu boleh dibuat melalui ciri yang dinamakan Caruman Pilihan Sendiri. Lebih menarik lagi, caruman ini boleh dibuat dengan mudah menggunakan aplikasi i-Akaun. Sebelum ini, KWSP juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai caruman sendiri ini.
“Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menyimpan simpanan bagi kegunaan di hari persaraan.” -KWSP
Cara masukkan wang ke dalam akauan KWSP melalui aplikasi i-Akaun
Caranya sangat mudah, anda boleh membuat caruman melalui kaedah perbankan internet (online banking/transfer) di laman web atau aplikasi i-Akaun KWSP.
- Muat turun aplikasi i-Akaun di playstore.
- Buka aplikasi i-Akaun > Add Contribution atau Tambah caruman > masukkan jumlah RM > Slide to Continue atau Leret untuk Teruskan > pilih bank > Next atau Seterusnya.
- Jikan anda mempunyai masalah tak nampak butang Slide to Continue. Sentuh sahaja pada mana-mana bahagian kosong tengah skrin dan leret ke bawah untuk tutup papan kekunci.
- Kemudian anda akan dibawa ke laman web bank untuk proses pengesahan dan pemindahan wang seperti biasa. Ikut saja arahan.
- Seterusnya tekan ‘Return to merchant’s page‘. Aplikasi akan paparkan ‘Thank You‘ atau ‘Terima Kasih’ jika transaksi anda berjaya.
Mudah sahaja kan cara untuk melakukan Caruman Pilihan Sendiri di KWSP? Semoga cara dan teknik ini dapat membantu mempermudahkan urusan anda semua. Jangan lupa juga kongsikan maklumat berguna ini kepada kenalan anda.
Semoga kita semua sama-sama dapat membuat caruman sendiri dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat!
Sumber: wiser.my
Baca juga: Ketahui 5 Punca Kandungan Kolestrol yang Berlebihan Didalam Badan Anda