Bersukan Waktu Malam Bahayakan Kesihatan?
Bersenam atau bersukan pada waktu malam telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Boleh dikatakan ramai diantara kita terutamanya golongan muda, seringkali melakukan aktiviti bersukan pada waktu malam. Ini kerana pada waktu siang telah dihabiskan untuk bekerja. Bagi mereka, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk mereka bersukan supaya dapat mengekalkan kecergasan tubuh badan.
Namun ada yang menyatakan bahawa bersukan pada waktu malam sebenarnya tidak sihat. Mengapa?
Setiap aktiviti sukan yang dilakukan banyak menggunakan tenaga. Ianya boleh menjadi gejala yang kurang sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak dirancang dengan baik.
Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad. Mereka yang bekerja akan menghabiskan lapan jam sehari untuk bekerja dan memerlukan waktu rehat yang cukup.
Aktiviti bersukan pada waktu malam yang dilakukan selepas waktu bekerja akan menyebabkan badan menjadi lesu kerana memaksa tubuh untuk bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.
Secara tidak langsung, kita akan memaksa badan untuk bekerja keras apabila melakukan aktiviti sukan yang berat. Hal ini boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah dan boleh mengakibatkan masalah jantung dan tekanan darah tinggi.
Bersukan merupakan aktiviti yang digalakkan, malah ia dapat meningkatkan kadar metabolisme dan dapat membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran. Jadi jika aktiviti ini dilakukan ketika diri dalam keletihan, mungkin risiko itu akan menjadi bertambah teruk.
Sukan Waktu Siang vs Sukan Waktu Malam
Waktu yang paling sesuai untuk bersukan bergantung pada cara hidup individu tersebut. Bagi kesan yang terbaik, cuba lakukan aktiviti senaman atau sukan pada waktu pagi. Jika tidak, senaman pada waktu malam tidak akan menjejaskan kesihatan dan yang paling penting lakukannya secara konsisten.
Kesimpulan
Pastikan sebelum melakukan sesuatu aktiviti, dapatkan rehat yang secukupnya. Untuk mengelakkan diri daripada terhidrat ketika bersukan, anda haruslah banyak minum air kosong.
Mendapat rehat yang secukupnya sebelum melakukan aktiviti adalah kunci untuk mendapat kesihatan yang baik. Waktu terbaik untuk melakukan aktiviti sukan ataupun senaman yang berat adalah pada waktu pagi antara 6 pagi hingga 9 pagi. Hal ini kerana, badan kita masih lagi cergas dan segar ketika itu.