Telinga Bernanah? Jangan Ambil Mudah Sebab Ia Boleh Beri Kesan Bahaya Pada Saraf Muka


Pada mereka yang pernah mengalami masalah telinga bernanah sudah pasti lebih tahu bahawa masalah tersebut boleh mendatangkan tidak selesa dan sakit seakan mencucuk dan rasa terbakar. Telinga bernanah selalunya berkait rapat dengan jangkitan kuman yang berlaku pada bahagian dalam telinga.

Banyak punca sudah pasti menjadi menyebab telinga bernanah seperti jangkitan kuman, pecah gegendang telinga, air yang terperangkap dalam saluran telinga dan bendasing yang tersekat di bahagian telinga. Tapi, anda jangan ambil mudah sekiranya mengalami telinga bernanah ini. Hal ini mungkin akan memberi kesan yang lebih bahaya kepada anda sekiranya tidak dirawat secepatnya.

telinga bernanah

Bagaimana Telinga Bernanah Bagi Kesan Kepada Saraf

Apabila kita mengalami masalah telinga bernanah, keadaan dalam telinga kita sedang mengalami masalah yang serius. Biasanya, ia berlaku disebabkan jangkitan bakteria pada bahagian dalam telinga seperti di bahagian gegendang telinga dan saluran telinga kita.

Jika telinga anda mengeluarkan nanah, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Jangan sesekali menganggap ianya satu perkara yang remeh atau menganggap ianya masalah yang kecil sahaja. Ini kerana, telinga bernanah secara berterusan boleh memberi kesan kepada saraf muka sehingga menjadi senget.

Menurut Dr. Mohd Shaiful Nizam Mamat Nasir, Pakar Otorhinolaryngology-Head & Neck Surgery, keadaan muka menjadi senget adalah disebabkan toxin bacteria yang merebak terus ke saraf muka. Ini demikian kerana sebilangan daripada kita tidak mempunyai tulang yang menutupi saraf muka. Perkongsian daripada Dr. Mohd Shaiful mengatakan bahawa dalam 20 hingga 30 peratus pesakit ini mempunyai dehiscence facial canal iaitu tidak mempunyai tulang yang menutupi saraf muka.

Oleh itu, kita jangan menganggap telinga bernanah adalah satu perkara yang tidak perlu diambil berat, jika tidak ingin berlakunya masalah muka senget atau saraf ini. Sekiranya didapati masalah telinga bernanah berterusan sehingga hari ke tujuh atau bercampur dengan darah atau berbau, segeralah berjumpa dengan doktor untuk konsultasi. Kerana, ia merupakan keadaan yang tidak normal dan boleh memberi kesan yang lebih serius jika tidak ditangani.

rawat telinga bernanah

Apa Beza Dengan Bell’s Palsy

Muka senget? Ini ada kaitan ke dengan masalah Bell’s palsy? atau masalah ini merupakan masalah yang sama? Ini ke penyebab bell’ palsy?

Jelas Dr. Mohd Shaiful, Bell’s palsy adalah diagnosis of exclusion. Ini bermakna, Bell’ palsy merupakan satu keadaan yang tidak diketahui punca atau sebab berlaku masalah tersebut. “Bell’ palsy adalah satu keadaan di mana setelah siasatan secara terperinci dijalankan oleh doktor tetapi masih tidak menjumpai faktor yang menjadi menyebab kepada keadaan muka senget itu” tambahnya.

telinga bernanah

Rawatan Kepada Telinga Bernanah & Saraf Muka

Sekiranya kita mengalami masalah ini, rawatan awal akan dilakukan terlebih dahulu. Biasanya telinga pesakit akan dicuci (ear toileting) dan diberikan ubat titis & oral antibiotic. Sekiranya tiada perubahan positif yang berlaku selepas 48 hari dan keadaan saraf muka senget dan bertambah teruk, pembedahan telinga secara kecemasan akan dilakukan.

Keadaan muka senget boleh terbahagi kepada tahapnya. “biasanya kita akan guna House Brackman Classification, untuk menentu tahap atau grade muka senget” jelas Dr. Mohd Shaiful. Tambahnya lagi, peratusan untuk kembali sembuh itu berbeza dan bergantung kepada tahap keadaan muka seseorang itu tadi. Namun, secara umumnya, saraf akan kembali pulih selepas jangkitan bakteria hilang.

Justeru, orang ramai dinasihatkan jangan ambil mudah tentang keadaan telinga anda sekiranya berlakunya masalah ini. Malah, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan yang sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat