DS Anwar Dituduh Sebagai Ejen Israel, PDRM Mengesahkan Terima Laporan


Zaman sekarang, fitnah bermaharajalela. Seolah-olah ia menjadi trend, malah apa yang lebih teruk lagi adalah apabila ada yang sanggup menfitnah kawan baik, guru dan adik beradik sendiri. Fitnah tersebut dibuat hanya semata-mata untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mengambil kira mengenai pihak lain.

Dalam Islam, isu fitnah ini sangat berat dan hebat. Bagaimana tidak berat, besar dan hebat? Kerana fitnah, ramai pihak berpecah belah. Kerana fitnah, adik beradik, kawan-kawan serta suami isteri boleh berpisah dan tidak bercakap bertahun-tahun.

Malah bukan setakat fitnah namun penuduhan juga boleh berlaku dan menyebabkan pergaduhan pelbagai pihak. Berkait dengan penuduhan ini, terbaharu viral isu berkenaan dengan Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar yang dituduh sebagai ejen negara Israel.

DS Anwar Dituduh Sebagai Ejen Israel, PDRM Mengesahkan Terima Laporan

Ekoran penuduhan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan menerima laporan berkaitan penuduhan tersebut. Tuduhan yang membabitkan Presiden PAS, Abdul Hadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu kenyataan, Setiausaha Polis Malaysia, Noorsiah Mohd Saadudin berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenaya (JSJ), Bukit Aman.

“PDRM mengesahkan menerima laporan berkenaan isu terbabit. Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan fitnah).”

“(Kes juga disiasat) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).”

Semalam, Mohamad Syazreen Ezam Mohd Saidi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Putrajaya, meminta polis menyiasat tuduhan yang mengaitkan Anwar sebagai ejen Israel. Menurut beliau, perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana ia melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.

Dalam masa yang sama, Pakatan Harapan juga turut dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan pemimpin mereka sebagai ejen Israel.

datuk seri anwar

Diharapkan semoga segala permasalahan dan isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Negara Malaysia, merupakan negara menuju ke arah perpaduan dan politik yang lebih sihat dan aman.

Sumber: Malaysia Kini 

Baca juga: Tak Berhati Perut & Kejam! Anak Hidang Teh Panas Beracun Kepada Ibu, Ayah Dan Kakak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat