Bagi Saya Kanser Ini Adalah Suatu Nikmat – Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, selepas beliau telah disahkan menghidap kanser Limfoma pada 31 Januari lalu. Mengatakan bahawa kanser yang di hadapi beliau sekarang adalah suatu nikmat dari Allah.
Ustaz Hanafiah yang sering muncul di TV9 dalam rancangan Tanyalah Ustaz berkata menyatakan kesakitan mula dirasai ketika menunaikan umrah pada Disember lalu.
“Doktor menjangkakan kemungkinan sel kanser itu sudah berada dalam badan saya sejak 10 tahun lalu tetapi tidak disedarinya,” Katanya yang pernah dibuang sel kanser sebesar 10 sentimeter panjang kali 7 sentimeter lebar dengan berat 1 kilogram di hospital swasta 1 Februari lalu.
Ustaz Hanafi menceritakan keadaan beliau bagaimana semasa dalam keadaan koma dia diberikan minda separa sedar melakukan ibadat kepada Allah swt.