Pencapaian Malaysia Dalam Pelbagai Bidang


Pencapaian Malaysia

PELANCONGAN

Malaysia merupakan salah satu negara yang beruntung kerana dikelilingi oleh lautan yang luas serta dirangkumi oleh hutan hujan tropika. Hal ini menyebabkan Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai tempat pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat pelancongan yang mempunyai keindahan masing masing bagi menarik minat pelancong luar untuk melancong ke Malaysia dan pada masa yang sama meningkatkan lagi nama negara di mata dunia. Disebabkan kedudukan yang strategik, Malaysia mempunyai pantai yang cantik warna pasirnya seperti Pulau Ledang, Pulau Ketam, Pulau Langkawi dan sebagainya.

Pulau Langkawi

Pulau Redang

Malaysia juga terkenal dengan tempat yang bersejarah dan merupakan salah satu daya tarikan pelancong luar untuk datang ke Malaysia. Ia telah mampu mendatangkan hasil yang lumayan kepada negara kita. Oleh itu, pihak berwajib berusaha sedaya upaya dalam mengekalkan tempat bersejarah ini. Contohnya tempat bersejarah yang terkenal ialah Kota A’ Famosa, Gejara St. Paul, dan banyak lagi.

EKONOMI

Dasar pecah dan perintah dengan menentukan bidang ekonomi mengikut kaum telah diamalkan oleh British sebelum kedatangan kemerdekaan. Contohnya India hanya fokus kepada kawasan ladang getah, orang Melayu sebagai petani, dan orang Cina sebagai peniaga. Perkara ini menyebabkan ekonomi negara tidak meningkat malah menurun di kawasan luar bandar.

Selepas mencapai kemerdekaan, pencapai ekonomi bertambah positif dengan penurunan kadar kemiskinan di Malaysia. Malah bilangan isi rumah miskin di Malaysia juga telah berkurangan dengan banyak daripada kira-kira 1100000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 22198 isi rumah pada tahun 2010. Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan adanya bangunan yang telah dibangunkan seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Kembar Petronas. Di samping itu, negara kita juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang amat berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Dengan perkembangan ekonomi ini, taraf hidup rakyat semakin meningkat dan pelbagai kemudahan telah disediakan kepada masyarakat bandar serta luar bandar.

Menara Kuala Lumpur

Perodua Axia yang berkualiti serta harga yang rendah

PENDIDIKAN

Sebelum kemerdekaan, pendidikan vernakular yang diwujudkan oleh British telah diamalkan. Sistem pendidikan ini dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu kerana sekolah yang dibina hanya khusus untuk satu kaum sahaja dan dengan itu telah menyebabkan kemunculan empat jenis sekolah iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris.

Selepas mencapai kemerdekaan, pencapaian Malaysia dalam bidang pendidikan telah berkembang dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta pengenalan pendidikan percuma telah menyebabkan pertambahan pelajar di sekolah rendah.Di samping itu, beberapa buah pusat latihan harian dan maktab yang baru juga ditubuhkan bagi mengatasi kekurangan guru. Kualiti guru selepas mencapai kemerdekaan lebih terlatih dan menerima latihan yang sistematik dari pusat latihan guru. Kanak-kanak warganegara Malaysia mulai masuk di sekolah rendah pada umur 7 tahun. Lebih lebih lagi, ibu bapa bebas menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Seluruh pelajar sekolah rendah wajib mengikuti Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan pelajar sekolah menengah turut wajib mengikuti PMR serta SPM. Selepas SPM, pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM ataupun ke Universiti. Sistem pendidikan di Malaysia yang semakin berkembang telah menyebabkan banyak sekolah, universiti, kolej dibina supaya semua rakyat dapat menikmati institusi pendidikan yang tinggi.

SUKAN

Salah satu nama Malaysia dikenali adalah disebabkan pencapaian atlet dalam bidang sukan di peringkat yang tinggi sebaris dengan atlet dunia. Kejayaan dalam sukan telah membantu menaikkan nama Malaysia di persada dunia serta telah membuka mata semua yang negara kita merupakan negara yang mempunyai kualiti yang tersendiri. Anatara sukan yang telah menaikkan nama Malaysia seperti sukan bolasepak, sepak takraw, skuasy, boling sserta banyak lagi.Salah satu sukan yang sering menyumbang kejayaan kepada negara adalah sukan badminton. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar untuk memperlihatkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa. Kemunculan Misbun dan adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an. Detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di semua fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat