Umno tidak boleh ada dalam HARAPAN, kerana belum tentu sama ada sah atau tidak, Tun Mahathir


Pada 20 April lalu, sejumlah 16 individu – ketika itu masih anggota Umno – memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan ROS membenarkan parti itu menangguhkan pemilihan partinya.

Mereka juga memohon mahkamah mengarahkan ROS untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muktamad.

Mereka berkata hari terakhir untuk cawangan Umno mengadakan pemilihan adalah pada 28 Februari lalu, manakala bagi Majlis Tertinggi dan 191 Bahagian parti itu pada 19 April lalu.

Sementara itu, Mahathir juga berkata semua dasar lama pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan disemak semula.

Ia termasuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) danĀ National Blue Ocean Shift(NBOS).

Dalam respons segeranya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak membuat keputusan berdasarkan perbezaan politik.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat