Apakah Keperluan Pelaksanaan Lesen Khas Umrah Dan IMAMS Kepada Jemaah?


Bersesuaian dengan dasar transformasi nasional yang memberi tumpuan kepada penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui MKSU telah memperkenalkan inisia f terbarunya iaitu Lesen Khas Umrah (LKU) mulai 1 Oktober 2017 dan mengguna pakai Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) iaitu satu sistem pengurusan maklumat pemantauan bersepadu kepada semua agensi pelancongan yang mengendalikan pakej Umrah/Ziarah. Pada dasarnya, pengenalan LKU dan IMAMS bertujuan untuk memperkemas dan menangani permasalahan semasa di dalam industri pengendalian Umrah/Ziarah dan masyarakat, khususnya berkaitan isu penipuan pakej Umrah dan Ziarah.

PERANAN IMAMS

1. Sistem IMAMS pula diperkenalkan sebagai pemangkin kepada transformasi pemudah cara digital di mana ia dijangka mampu memberikan perkhidmatan pemantauan yang komprehensif dan sistema k.

2. IMAMS dapat membantu pihak industri dalam semua urusan berkaitan pengendalian jemaah umrah mereka seterusnya memudahkan pihak KPK untuk memantau pelaksanaan tanggung- jawab oleh syarikat serta perjalanan jemaah Umrah di dalam keseluruhan rantaian nilai pengendalian umrah tersebut.

3. Dengan adanya sistem IMAMS, kawalan yang lebih terancang, konsolidasi data yang teratur dan pengendalian pakej-pakej umrah oleh agensi-agensi pelancongan pengelola pakej-pakej umrah yang diik raf dan mempunyai Lesen Khas Umrah dapat dilakukan secara efek f merentasi semua agensi yang terlibat, melalui aplikasi mudah-alih (mobile) dan laman sesawang yang teratur serta berkesan.

4. Melalui Sistem IMAMS juga, para jemaah serta keluarga dapat menyemak serta merujuk tentang kesahihan syarikat berstatus muassasah yang mengelola pakej-pakei Umrah, pengesahan visa Umrah, penerbangan, penginapan dan pengangkutan di Tanah Suci.

5. Bagi pihak agensi-agensi yang mengelolakan pakej-pakej umrah pula, pelaksanaan IMAMS membuka ruang kepada mereka untuk meningkatkan lagi tahap tadbir urus masing-masing dalam usaha meningkatkan kuali sistem penyampaian dan pengendalian perkhidmatan secara keseluruhannya.

6. Pelaksanaan IMAMS ini juga akan memudahkan urusan untuk mengenal pas status jemaah sama ada mereka telah berangkat atau dak ke tanah suci, dan lokasi mereka di Tanah Suci.

PELAKSANAAN LESEN KHAS UMRAH (LKU)

Lesen Khas Umrah (LKU) diperkenalkan bertujuan untuk memas kan hanya syarikat yang benar-benar berkuali , berkemampuan dan berkelayakan sahaja diberi kelulusan untuk mengendalikan pakej Umrah/Ziarah di negara ini. Pemilihan syarikat pengendali yang berkelayakan amat pen ng kerana pengurusan Umrah berkait rapat dengan ibadah umat Islam dan demi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri seper mana yang dikuatkuasakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH).

Pemberian LKU hanya boleh diper mbangkan ke atas syarikat- syarikat pengendali pelancongan dan agensi pengembaraan (TOBTAB) yang mempunyai ga (3) jenis bidang perniagaan pelancongan iaitu:

1. Inbound (membawa pelancong ke dalam negara).
2. Outbound (membawa pelancong ke luar negara).
3. Ticke ng ( ket penerbangan).

Pelaksanaan Lesen Khas Umrah (LKU) telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada 3 Oktober 2017. Pemberian LKU hanya boleh diper mbangkan ke atas syarikat-syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan (TOBTAB) yang mempunyai ga (3) jenis bidang perniagaan pelancongan iaitu (Inbound/membawa pelancong ke dalam negara), (Outbound/membawa pelancong ke luar negara) dan Ticke ng ( ket penerbangan)

Matlamat asal pelaksanaan LKU ini adalah bagi memas kan hanya syarikat yang benar-benar berkuali dan berkemampuan sahaja yang dibenarkan untuk mengendalikan pakej Umrah/Ziarah. Sta s k Kementerian mendapa bahawa jumlah rakyat Malaysia yang telah menunaikan Umrah bagi musim 1437/1438 H adalah dianggarkan seramai 250,000 orang dan angka ini adalah amat jauh sekali daripada jumlah jemaah Malaysia yang menunaikan Haji saban tahun. Malahan jumlah ini terus meningkat dari semasa ke semasa dan pada musim 1438/1439 H dijangka ianya akan mencecah di antara 260,000 – 300,000 jemaah.

Sehubungan dengan itu beberapa perubahan telah mula diperkenalkan sebagai syarat bagi mendapatkan LKU ini, antaranya adalah:

a) Semua syarikat perlu mengambil indemini insuran.

b) Insuran ke atas se ap jemaah di mana sekiranya berlaku apa-apa ke atas jemaah, jemaah tersebut boleh dibawa pulang.

c) Kementerian mengawal pengeluaran visa Umrah dan senarai syarikat-syarikat muassasah yang dibenarkan menjalin kerjasama dengan syarikat muassasah Arab Saudi.

Berdasarkan sta s k daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan terdapat sebanyak 3,762 kes dengan nilai tuntutan berjumlah RM23,164,370.47 juta telah difailkan dari tahun 2012 sehingga Oktober 2017 di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Tuntutan-tuntutan yang dibuat ke TTPM adalah berkaitan dengan kegagalan pihak syarikat memberikan perkhidmatan yang dijanjikan seperti :

a) Jarak hotel sebenar yang dak sama seper tawaran asal (ditawarkan 100 meter, namun reali nya 1 km);

b) Jenis Penerbangan yang dak sama (ditawarkan penerbangan terus, namun reali nya penerbangan transit);

c) Jadual perjalanan sebenar dak sama seper tawaran asal (ditawarkan lawatan ziarah ke 5 lokasi, namun reali nya hanya dibawa menziarahi 2-3 lokasi sahaja, malahan terdapat juga keadaan di mana jemaah dak dapat turun langsung dari kenderaan dan hanya dibawa melalui lokasi tersebut sahaja);

d) Pembatalan pakej oleh syarikat pengendali Umrah/Ziarah tanpa alasan munasabah. Namun syarikat enggan mengembalikan bayaran dengan alasan bahawa bayaran telah pun dibuat kepada pihak pembekal perkhidmatan di Arab Saudi atau syarikat penerbangan, walhal ada sebarang bayaran yang dibuat dan sekadar tempahan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat