Petua Lebatkan Rambut


Rambut merupakan salah satu aset penting untuk seseorang lebih lebih bagi kaum wanita. Namun untuk menjaga rambut bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan rambut tetapi permasalahannya adalah tahap kepercayaan terhadap kandungan bahan di dalam produk itu.

Sesetengah produk rambut mengandungi bahan kimia seperti parabens, sodium lauryl sulphate (SLS). Ia mampu merosakkkan kesihatan rambut serta masalah rambut gugur. Menjaga rambut bukanlah sesuatu perkara yang mudah terutamanya dalam memilih produk yang berkualiti dan memberi kesan yang positif kepada rambut kita. Disini saya kongsikan petua lebatkan rambut dengan menggunakan bahan semulajadi. Petua lebatkan rambut ini sering dipraktikkan oleh orang ramai dalam mendapat rambut yang cantik dan sihat.

Petua Lebatkan Rambut

1. Minyak kelapa

Petua Lebatkan Rambut

  • Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa
  • Lakukan urutan membulat dan tidak terlalu kuat tekanannya
  • Balutkan rambut anda dengan tuala hangat (Biarkan ia selama 30minit dan cuci dengan syampu)
  • Lakukan sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan terhadap rambut

2. Daun lidah buaya

  • Potong daun kepada 2 bahagian (2 atau 3 helai daun)
  • Perah gel di dalam daun itu dan sapu dengan rata pada kulit kepala serta rambut
  • Biarkan selama 3o minit
  • Bilas dengan air sederhana suam
  • Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu

3. Telur

  • Kacau hingga pecah kuning (2 biji)
  • Sapu telur itu ke atas rambut yang sudah basah (Biarkan selama 10 hingga 15 minit)
  • Bilas dengan air suam serta syampu yang sesuai untuk rambut
  • Lakukan sekali seminggu

4. Kulit buah oren

  • Tumbuk kulit buah oren sehingga lumat
  • Sapu di atas rambut dan kulit kepala (Biarkan selama 15-20 minit)
  • Cuci sehingga bersih
  • Lakukan seminggu sekali untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala

5. Avokado & Pisang

  • Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga sebati
  • Ratakan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala (Biarkan selama 30 minit)
  • Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu

6. Daun Inai

  • Kisar dengan sedikit air beberapa helai daun inai sehinggan menjadi seakan pes (Biarkan 30 minit)
  • Sapukan ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama 3o minit
  • Cuci rambut sehingga bersih
  • Lakukan dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas

7. Daun pandan & santan

  • Campurkan daun pandan yang sudah ditumbuk dengan air serta perahkan
  • Campurkan air perahan tadi dengan santan dan kacau sehingga sebati
  • Biarkan ia selama setengah hari dan sapukan campuran tadi pada rambut anda.
  • Bilas rambut dengan air selepas 45 minit
  • Lakukan sekarap mungkin untuk dapat hasil yang positif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat